Harian Metro

Bangun projek kediaman bercampur RM488 juta

-

Kuala Lumpur: Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui anak syarikat milik penuhnya BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) memperuntu­kkan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM488 juta bagi membangunk­an projek pembanguna­n kediaman bercampur bagi sepanjang tempoh separuh kedua 2016.

Peruntukan terbabit meliputi beberapa projek perbandara­n bersepadu yang akan dibangunka­n di Kedah iaitu Bandar Darul Aman di Jitra, Darul Aman Perdana di Sungai Petani dan Darul Aman Utama di Kuala Ketil masing-masing dengan GDV sebanyak RM333 juta, RM125 juta dan RM30 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, pihaknya mengambil inisiatif melancarka­n projek baharu pada separuh kedua 2016 berikutan sentimen pembeli yang kembali pulih dan rancak melalui maklum balas tempahan rumah.

Beliau berkata, syarikat turut berkeyakin­an pasaran hartanah menunjukka­n trend prestasi lebih stabil berbanding separuh pertama tahun ini bersandark­an kepada pemulihan ekonomi semasa seperti penguranga­n kadar dasar semalaman (OPR) yang dilaksanak­an oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Penguranga­n OPR turut memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk membeli item dengan skala harga yang lebih besar, contohnya adalah seperti hartanah kediaman.

“Pasaran hartanah tetap mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai, jadi kami melihat ia sebagai peluang terbaik bagi menggerakk­an beberapa projek hartanah baharu seperti hartanah bangunan bertingkat,” katanya pada sidang media Majlis Hari Raya BDB di sini, kelmarin.

Antara yang ditawarkan adalah projek rumah harga mampu milik sehingga rumah jenis banglo dengan tawaran harga bermula bawah RM200,000 hingga RM1.2 juta.

 ??  ?? MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tengah) beramah mesra dengan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 BDB Land.
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tengah) beramah mesra dengan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 BDB Land.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia