Harian Metro

PAWANG KENA BELIT

- Agensi

Seorang pawang ular terkenal di bandar ini ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dijerut seekor ular sawa yang ditangkapn­ya.

Budiyanto, 35, ditemui terbaring berhampira­n motosikaln­ya di tepi jalan pada malam Selasa lalu dan seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter masih membelit lehernya.

Seorang keluarga mangsa memberitah­u, Budiyanto yang terkenal sebagai dukun ular baru menangkap ular sawa berkenaan.

Katanya, Budiyanto meletakkan ular sawa itu di dalam guni dan membawanya dengan motosikal untuk dijual kepada seorang pembeli.

Bagaimanap­un, ketika dalam perjalanan ular itu dipercayai terlepas dan melarikan diri ke kawasan di tepi jalan.

Budiyanto kemudian menghentik­an motosikaln­ya untuk mencari ular berkenaan sebelum berjaya menangkapn­ya semula.

Selepas menangkap ular sawa itu, Budiyanto meletakkan badan haiwan berkenaan di lehernya dan berjalan ke motosikaln­ya.

Namun, tindakan itu kesilapan besar apabila ular sawa berkenaan secara tiba-tiba membelit lehernya dengan kuat.

Budiyanto yang gagal melepaskan belitan ular sawa itu akhirnya meninggal dunia akibat tidak dapat bernafas.

Ketika ditemui ular sawa itu masih membelit leher Budiyanto dengan kuat dan beberapa penduduk terpaksa berusaha keras untuk melepaskan belitan haiwan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap

„ Dukun ular terkenal maut selepas leher dibelit ular sawa

polis memberitah­u, mayat Budiyanto dibawa ke hospital Sragen untuk bedah siasat.

Katanya, kematian mangsa dipercayai akibat lemas kerana dibelit dengan kuat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n keadaan mayat Budiyanto dengan ular sawa masih membelit lehernya. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n keadaan mayat Budiyanto dengan ular sawa masih membelit lehernya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia