Harian Metro

HUKUMAN KETIKA RIBUT

- AFP

Pihak berkuasa Indonesia menghukum mati empat pesalah dadah semalam, tetapi 10 lagi pesalah diberi penangguha­n sementara.

Hukuman mati yang berlangsun­g di penjara Nusa Kambangan diteruskan walaupun dibantah keras kumpulan hak asasi manusia, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan Kesatuan Eropah.

Empat pesalah yang terdiri daripada tiga warga Nigeria dan seorang lelaki tempatan ditembak mati oleh skuad penembak selepas tengah malam semalam.

Tanda tanya mengenai proses itu timbul apabila 10 pesalah yang dijadual dihukum mati mendapat penangguha­n pada saat akhir.

Pihak berkuasa tidak memberitah­u alasan penangguha­n hukuman berkenaan, tetapi kawasan penjara dilanda hujan lebat dan ribut ketika hukuman dijalankan.

Peguam Negara Indonesia, Muhammad Prasetyo semalam berkata, semua 10 pesalah berkenaan sudah kembali ke penjara mereka.

“Nasib 10 pesalah ini akan ditentukan kemudian. Kami akan lihat bilakah masa yang sesuai.

“Bagaimanap­un, apa yang pasti kami tidak akan menghentik­an hukuman terhadap pesalah yang berdepan hukuman mati,” katanya.

Sementara itu seorang peguam, Ricky Gunawan berkata, peguam semua pesalah menunggu dengan penuh debaran mengenai nasib anak guam mereka dan keliru mengapa hukuman tidak dilaksanak­an seperti yang dirancang.

“Saya boleh katakan pelaksanaa­n hukuman pada pagi ini (semalam) sangat huru-hara.

“Tiada maklumat jelas diberi kepada kami mengenai masa hukuman yang dijalankan dan mengapa hanya empat pesalah dihukum dan apa yang berlaku pada 10 yang lain,” katanya.

„ 4 sahaja jalani hukuman tembak, 10 lagi ditangguh

 ??  ?? PETUGAS mengusung keranda pesalah warga Nigeria, Seck Osmanu yang tiba di sebuah rumah mayat di Jakarta, semalam. - AP
PETUGAS mengusung keranda pesalah warga Nigeria, Seck Osmanu yang tiba di sebuah rumah mayat di Jakarta, semalam. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia