Harian Metro

Lelaki ditahan kerana terbabit aktiviti pengganas

-

Singapura: Pihak berkuasa Singapura menahan seorang lelaki kerana disyaki terbabit dalam aktiviti berkaitan pengganas termasuk menyokong kumpulan Daish dan menggalakk­an keganasan melalui Facebook, kata kerajaan semalam.

Kementeria­n Hal Ehwal Dalam Negeri memberitah­u, Zulfikar bin Mohamad Shariff, 44, ditahan baru-baru ini di bawah Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) yang membenarka­n tahanan tanpa bicara untuk tempoh yang panjang.

Kata kementeria­n itu, Zulfikar mula terpengaru­h dengan aktiviti pengganas pada 2001 sebelum berhijrah dengan keluarga ke Australia pada 2012.

Lelaki itu didapati menyokong Daish dan rangkaian pengganas al-Qaeda serta kumpulan pengganas serantau, Jemaah Islamiah.

Dia juga sering menggalakk­an orang Islam melancarka­n serangan jihad melalui kenyataann­ya di Facebook.

“Berikutan ancaman tinggi keganasan yang kini dihadapi Singapura dan ancaman keganasan global oleh Daish, promosi keganasan oleh Zulfikar dan pengaruh radikalnya adalah satu ancaman kepada negara ini,” katanya.

Zulfikar juga didakwa mempengaru­hi seorang lelaki yang sudah ditahan di bawah ISA pada tahun lalu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia