Harian Metro

JUAL PONTIANAK DI FACEBOOK

- Agensi

Seorang pengguna Facebook di Indonesia menggempar­kan komuniti laman sosial di negara itu apabila dia mengiklank­an pontianak untuk dijual.

Achyar Yuliantoro memuat naik iklan berkenaan di satu laman kumpulan di Facebook pada Rabu lalu dan terus

„ Iklan itu dapat sambutan luar biasa daripada pengguna laman sosial di Indonesia

viral dalam tempoh beberapa jam. Tidak cukup dengan itu, dia turut memuat naik gambar seorang lelaki bersama wanita berwajah hodoh dan menakutkan dipercayai pontianak. “Pontianak asli untuk dijual. Khasiat rambutnya mempunyai fungsi.

“Ilmu pengasih peringkat tinggi dan paling ampuh serta teman ghaib. Sehelai rambut dijual pada harga Rp700,000 (RM217),” katanya.

Iklan itu mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna laman sosial di Indonesia dan dikongsi lebih 3,000 kali.

Bagaimanap­un, beberapa

pelbagai pengguna laman sosial menganggap iklan berkenaan hanya gurauan, tetapi ramai juga yang mempercaya­inya.

“Sekiranya asli saya mahu, saya mahu jadikannya isteri saya,” kata seorang pengguna Facebook, Diajeng.

“Walaupun saya yakin pontianak itu hanya lakonan, tetapi ia masih membuatkan saya takut,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

 ??  ?? GAMBAR yang dimuat naik di Facebook menunjukka­n seorang lelaki bersama wanita berwajah hodoh dan menakutkan. - Agensi
GAMBAR yang dimuat naik di Facebook menunjukka­n seorang lelaki bersama wanita berwajah hodoh dan menakutkan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia