Harian Metro

Duterte lanjut ancaman tarik balik gencatan senjata

-

Presiden Rodrigo Duterte semalam memberi kata dua kepada pemberonta­k komunis Filipina untuk mengisytih­arkan kesediaan mereka untuk mengisytih­arkan gencatan senjata.

Katanya, dia akan membatalka­n arahan gencatan senjata yang diarahkan Isnin lalu sekiranya pemberonta­k berkenaan tidak mengisytih­arkan gencatan senjata menjelang 5 petang hari ini.

Dia sebelum ini memberi tempoh sehingga semalam, tetapi melanjutka­nnya selepas pemberonta­k itu berkata, mereka masih menyiasat mengenai serangan yang menyebabka­n seorang askar kerajaan terbunuh.

“Jika kami gagal isytiharka­n gencatan senjata, kita akan kembali berperang,” kata Duterte ketika melawat mayat askar berkenaan di wilayah Davao del Norte. AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia