Harian Metro

Serangan udara AS ragut 28 lagi nyawa orang awam HILLARY TERIMA PENCALONAN

- AFP

Serangan udara pakatan yang diketuai Amerika Syarikat yang menyasarka­n sebuah kampung dikuasai kumpulan pengganas Daish di utara Syria menyebabka­n 28 orang terbunuh, tujuh daripadany­a kanak-kanak.

Kumpulan Pemerhati

Hak Asasi Manusia Untuk Syria berkata, pesawat milik pakatan berkenaan mengebom Kampung al-Ghandour awal semalam.

Ketua kumpulan pemerhati itu, Rami Abdurrahma­n juga berkata, 13 orang lagi terbunuh dalam serangan itu, tetapi dia tidak dapat memastikan sama ada mereka anggota Daish atau orang awam.

Al-Ghandour terletak kira-kira 24 kilometer ke barat laut bandar Manbij, hab penting dan laluan utama ke Raqqa, bandar yang dijadikan Daish ibu negara mereka.

Kejadian semalam berlaku seminggu selepas serangan udara yang juga didakwa dilakukan pesawat Amerika Syarikat menyebabka­n 56 orang awam terbunuh di wilayah yang dikuasai kumpulan pengganas itu di utara Syria. - AFP

Hillary Clinton semalam menempatka­n dirinya dalam sejarah sebagai calon pertama sebuah parti utama Amerika Syarikat untuk bertanding dalam pilihan raya presiden negara itu.

Berucap untuk menerima pencalonan itu semalam, bekas wanita pertama, setiausaha luar dan juga senator itu berikrar mewujudkan peluang ekonomi untuk semua dan menolak wawasan ‘pesimis’ penentangn­ya dari calon Republikan, Donald Trump.

Dengan ikrarnya untuk menjadi presiden bagi ‘semua rakyat Amerika, Hillary menerima tepukan gemuruh daripada ribuan perwakilan di Konvensyen Kebangsaan Demokratik di Philadelph­ia.

“Dengan perasaan rendah diri, keazaman yang tinggi dan keyakinan yang tiada hadnya terhadap janji Amerika, saya menerima keputusan anda mencalonka­n saya menjadi Presiden Amerika Syarikat,” kata Hillary, 68.

Sepanjang ucapannya selama sejam, Hillary turut membentang­kan pelan optimistik­nya untuk meningkatk­an ekonomi Amerika Syarikat.

„ Calon Demokrat ikrar untuk jadi presiden

semua rakyat Amerika Syarikat

Kepada pengkritik­nya Hillary berkata: “Saya akan membawa suara dan cerita anda bersama saya ke Rumah Putih. Saya akan menjadi presiden untuk penyokong Demokrat, Republikan dan juga bebas.”

Dia juga tidak melepaskan peluang membidas Trump dengan menggambar­kan calon Republikan itu sebagai ‘orang yang akan hilang sabar walaupun dengan provokasi yang sedikit.’

“Bayangkan dia (Trump) di presiden dan berdepan dengan krisis sebenar. Seorang lelaki yang boleh anda umpan hanya menerusi Twitter bukan lelaki yang kita boleh percaya dapat menguruska­n senjata nuklear.”

Hillary turut menggambar­kan Trump sebagai ‘buta’ mengenai dasar luar.

“Trump berkata, dia lebih tahu mengenai Daish daripada jeneral tentera Amerika Syarikat. Tidak Trump. Anda sebenarnya tidak tahu apa pun,” kata Hillary.

Pilihan raya untuk memilih pengganti Presiden Barack Obama itu akan diadakan pada 4 November depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia