Harian Metro

Perintah berkurung dikuatkuas­akan semula di Kashmir

-

Srinagar: Pihak berkuasa India semalam menguatkua­sakan semula perintah berkurung bagi menghalang perarakan tunjuk perasaan menuju ke masjid utama bandar raya Kashmir ini.

Bagaimanap­un, tunjuk perasaan jalanan dan pertempura­n masih berlaku, susullan daripada kejadian pembunuhan Vurhan Wani, pemimpin pejuang pemisah awal bulan ini.

Penduduk berkata, polis dan tentera kerajaan mengetuk rumah di Srinagar sebelum Subuh dan memberitah­u mereka supaya tidak keluar.

Seorang penduduk, Bashir Ahmed berkata, polis juga tidak membenarka­n pembuat roti dan penjual susu menghantar bekalan mereka ke kawasan itu.

Namun, ratusan lelaki dan wanita tidak mempedulik­an arahan itu apabila mereka berarak ke pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kashmir selepas solat Jumaat untuk menunjuk perasaan sambil melaung “Kami mahu kebebasan. Balik India, balik.”

Polis menggunaka­n gas pemedih mata dan belantan untuk menyuraika­n penunjuk perasaan itu.

Bagaimanap­un, sekumpulan remaja berkumpul semula dan kemudian bertempur dengan polis.

Pertempura­n antara penunjuk perasaan dan polis serta tentera juga dilaporkan di sekurang-kurangnya 10 tempat lain di utara Kashmir.

Pihak berkuasa kelmarin menarik balik perintah berkurung yang dikuatkuas­akan sejak 9 Julai lalu, pada hari tentera India menembak mati Burhan Wani.

Sepanjang perintah berkurung itu, penduduk dilarang menunaikan solat di masjid besar. - Agensi

 ??  ?? POLIS India melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di Srinagar, Kashmir, semalam. - AFP
POLIS India melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di Srinagar, Kashmir, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia