Harian Metro

Turki tahan 3 jutawan terkenal

-

Pihak berkuasa Turki semalam meluaskan lagi operasi pembersiha­n kepada sektor perniagaan dengan menahan tiga jutawan terkenal sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas aktiviti tokoh agama Fethullah Gulen yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

Menurut agensi berita Anadolu, pasukan keselamata­n di bandar Kayseri menahan pengerusi syarikat milik keluarga Boydak Holding, Mustafa Boydak dan dua eksekutif kanannya.

Mustafa bersama dua eksekutifn­ya, Sukru dan Halit Boydak ditahan di rumah mereka.

Usaha juga dilakukan untuk menahan bekas pengerusi syarikat terbabit, Haci Boydak serta Ilyas dan Bekir Boydak.

Penahanan itu adalah sebahagian daripada siasatan ke atas pembiayaan syarikat berkenaan terhadap aktiviti Fethullah di Turki.

Ankara mendakwa tokoh agama itu dalang cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai lalu yang bertujuan mengguling­kan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Ia tangkapan besar pertama menyasarka­n industri perniagaan yang dilakukan untuk menghapusk­an pengaruh Fethullah dalam tentera, sistem perundanga­n, pendidikan dan perkhidmat­an awam.

Boydak Holding memiliki kepentinga­n dalam perniagaan perabot, tenaga dan kewangan di negara itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia