Harian Metro

KEJUTAN WALKER

- AFP

„ Catat lima bawah par 65, unggul satu pukulan

R(gambar),

ory McIlroy Dustin Johnson dan Phil Mickelson antara bintang yang hambar di Baltusrol pada pusingan pertama Kejohanan PGA semalam, memberi laluan kepada pemain kurang ternama Jim my Walker muncul pendahulu.

Walker, pemain Amerika Syarikat berusia 37 tahun yang terlepas ‘cut’ tiga daripada empat kejuaraan utama terakhirny­a, mencatat lima bawah par 65 untuk mendahului satu pukulan di depan pemain Britain Ross Fischer, juara dua gelaran utama Martin Kaymer dari Jerman dan pemain Argentina Emiliano Grillo.

“Secara keseluruha­n ia hari yang hebat,” kata Walker. “Saya berasa memang cukup bersedia dan mampu meneruskan rentak ini minggu ini. Gembira kerana dapat mempamerka­n keupayaan.”

Juara baru Terbuka British Henrik Stenson dari Sweden berkongsi tangga kelima dengan 67 bersama pemain Britain Andy Sullivan serta dua pemain AS Harris English dan James Hahn.

“Saya amat gembira,” ujar Stenson. “Ia pusingan yang mantap dan permulaan baik. Tiada sebarang rungutan mengenainy­a.”

Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia Jason Day antara 12 pemain dengan catatan 68. Pemain Australia itu mempertaha­nkan kedudukann­ya sekalipun bergelut dengan keletihan dan kurang sihat serta berlatih hanya satu pusingan.

“Terlepas banyak peluang. Permainan putt saya tidak mengagumka­n,” jelas Day. “Tapi untuk memukul ke arah yang saya mahukan dan menyempurn­akan setiap pukulan seperti ini, satu tanda positif berdepan tiga hari akan datang.”

Namun beberapa pemain ternama bergelut dalam 18 lubang pertama di lapangan sejauh 7,428 ela itu.

Johnson, yang meraih kejuaraan utama sulungnya pada Terbuka AS bulan lalu, merakam dua double bogey, empat bogey dan satu birdie bagi catatan 77.

Pemain ranking keempat McIlroy, pemenang empat kejuaraan utama, merekod 74 tanpa sebarang birdie, permulaan terburukny­a dalam kejohanan yang dimenangin­ya dua kali dalam tempoh empat tahun terakhir.

“Saya sedar permainan saya ada di sana, mampu memberikan saya peluang,” ujar McIlroy.

“Harapnya saya tidak ter- lepas ‘cut’ esok (hari ini). Saya tidak ingat kali terakhir saya berakhir tanpa sebarang birdie. Saya akan bersabar sebaik mungkin dan harap semuanya berubah.”

McIlroy berada di green latihan lima jam selepas pusinganny­a untuk mencari jalan penyelesai­an.

 ??  ?? MICKELSON mempamerka­n aksi hambar, semalam.
MICKELSON mempamerka­n aksi hambar, semalam.
 ??  ?? WALKER
WALKER
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia