Harian Metro

Jessica tekad catat sejarah di Olimpik

-

London: Jessica Ennis-Hill mahu mencatat sejarah apabila juara heptatlon Olimpik itu melangkah ke Sukan Olimpik Rio tanpa tekanan selepas menggalas harapan negaranya empat tahun lalu.

Jessica akan berusaha menjadi atlet ketiga memenangi pingat emas Olimpik, melahirkan anak dan kemudian kembali untuk mengekalka­n gelaran itu.

Sekiranya atlet berusia 30 tahun itu berjaya dalam heptatlon, dia juga akan menjadi atlet wanita Britain pertama berjaya mempertaha­nkan gelaran Olimpik.

Pada Sukan Olimpik London 2012, Jessica menyedari peminat sukan Britian yang dahagakan kejayaan mengharapk­annya untuk memenangi pingat emas di laman sendiri dan membalasny­a dengan penuh bergaya dengan rekod Britain 6,955 mata.

Selepas melalui pengalaman penuh emosi itu, Jessica sedar tiada apa dalam kariernya yang

(gambar)

mampu menyamai tekanan dan harapan yang dialaminya dalam pertanding­an di Stadium Olimpik London.

“Perasaan tahun ini berbeza sama sekali. Saya tidak merasai tekanan seperti pada 2012 dan tahun lalu, begitu juga ketika saya memutuskan untuk ke Beijing,” katanya.

“Saya rasakan seperti baru kembali daripada kecederaan, melahirkan anak lelaki dan kembali ke puncak prestasi.

“Saya rasa lebih tertekan pada 2012 berbanding tahun lain yang pernah saya alami. Tahun lalu saya bagaikan tidak tahu apa-apa. Saya tidak merancang untuk pergi ke Kejohanan Dunia Beijing, ia keputusan saat akhir.

“Saya sentiasa terfikir untuk kembali dan mencapai keputusan terbaik. Saya sentiasa terfikir bahawa masanya adalah tahun ini dan bukan tahun lalu.” AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia