Harian Metro

Gatlin ketuai cabaran AS

-

Los Angeles: Justin Gatlin akan mengetuai cabaran tiga pelari pecut Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan dadah yang cuba untuk menggugat kempen terakhir Usain Bolt di Olimpik ketika dunia olahraga turut terperangk­ap dengan isu moral yang dicetuskan skandal doping Russia.

Gatlin,34, menjadi contoh paling jelas dalam kekeliruan yang mencengkam Olimpik tahun ini apabila beberapa atlet yang didakwa terbabit dengan kesalahan doping masih bebas bertanding ketika yang lain digantung penyertaan.

Gatlin, dua kali digantung kerana gagal ujian dadah, melangkah ke Rio sebagai pencabar utama pesaingnya dari Jamaica, Bolt untuk mempertaha­nkan

100 meter.

LaShawn Merritt yang digantung 21 bulan kerana diuji positif steroid pada 2010 mampu mencabar Bolt dalam acara 200m. Merirtt,30, adalah pelari terpantas dalam acara itu tahun ini.

Sementara itu Tyson Gay, kembali menyertai acara 4x100m Amerika Syarikat selepas digantung setahun kerana positif steroid.

Bagaimanap­un kehadiran Gatlin, Merritt dan Gay di Rio dikritik hebat Moscow yang menyifatka­nnya tidak adil berdasarka­n polisi Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa yang melarang semua atlet Russia yang pernah menjalani penggantun­gan akibat dadah sebelum itu. - AFP

gelaran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia