Harian Metro

Akpom teruja ledak gol

-

San Francisco, AS: Chuba Akpom menjaringk­an gol lewat membantu kelab gergasi Inggeris Arsenal menewaskan Bintang MLS 2-1 di San Jose, semalam.

Akpom, penyerang B-21 England, meledak tiga minit sebelum tamat di Stadium Avaya sekali gus membantu kelab Liga Perdana itu meraih kemenangan dalam satu perlawanan menghiburk­an.

Akpom menampan masuk dari jarak dekat selepas satu gerakan menarik menyaksika­n pemain Sepanyol Nacho Monreal meluru membawa bola di sebelah sayap kiri sebelum mengumpan kepada rakan sepasukann­ya.

“Saya amat gembira masuk

dan menjaringk­an gol kemenangan,” ujar Akpom.

“Ia perlawanan persahabat­an tapi kami mengambil serius dan mahu menang.”

Akpom, 20, berharap dapat mengekalka­n tempatnya dalam skuad utama Arsenal musim ini dan gol kemenangan­nya hadir selepas Joel Campbell meletakkan Arsenal di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-11.

Gol itu bagaimanap­un dipadamkan apabila Bintang MLS menyamakan kedudukan menerusi bekas bintang Chelsea Didier Drogba pada masa kecederaan babak pertama. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Aguero (kanan) ketika cuba melepasi pertahanan Dortmund. GUNN selamat
tiga penalti.
AKSI Aguero (kanan) ketika cuba melepasi pertahanan Dortmund. GUNN selamat tiga penalti.
 ??  ?? AKPOM (kanan) jaring gol kemenangan Gunners.
AKPOM (kanan) jaring gol kemenangan Gunners.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia