Harian Metro

Big Sam ada wibawa

-

Pasukan kebangsaan England kini melantik Sam Allardyce dengan harapan seorang jurulatih yang tidak ternama mungkin mencipta jalan membantera­s kegagalan berterusan di arena antarabang­sa.

Pelantikan ini menjadi bukti bola sepak England kini sudah bangkit daripada lena apabila menyedari tahap sebenar mereka di pentas dunia.

Selama ini, sejak kelahiran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 1992, England sering pulang dengan tangan kosong serta prestasi memalukan.

Sejak EPL mula mendabik dada sebagai liga terbaik dunia wujud keangkuhan serta kemegahan tidak bertempat.

Keangkuhan ini semakin memuncak apabila pemain England digelar bertaraf dunia di kampung sendiri tapi realitinya amat berlainan apabila beraksi di kejohanan besar.

Bola sepak England boleh disempurna­kan sebagai ‘katak di bawah tempurung’. Megah dalam kekurangan.

England pernah dikendalik­an jurulatih asing seperti Sven Goran-Eriksson serta Fabio Capello tapi keduanya gagal mencipta sejarah.

Kedua-dua jurulatih ini tertipu dengan tahap sebenar pemain England yang secara keseluruha­nnya memiliki aksi sederhana. Kedua, Goran-Eriksson serta Capello terbukti di pengaruhi laporan media mengenai kehebatan pemain England tapi akhirnya sedar hari sudah senja untuk mempertaha­nkan kebolehan mereka sebagai jurulatih.

Tidak dinafikan EPL menjadi destinasi setiap pemain serta jurulatih. Dalam dunia bola sepak sekarang kemenangan serta kejuaraan sudah menduduki tangga kedua. Dengan munculnya EPL maka dinamik bola sepak berubah di seluruh dunia.

Setiap pemain yang berjaya mengikat kontrak di EPL akan menjadi jutawan. Setiap pemain sederhana Inggeris yang beraksi di EPL akan dinaikkan taraf dengan gelaran ‘bertaraf dunia’ (world class) oleh media Inggeris. Dan setiap kali England ‘dihina’ di peringkat antarabang­sa, media ini akan kembali kepada sikap dengki serta mencaci pemain yang bukan Inggeris.

Kita sudah lihat bukti terbaru kebodohan bola sepak England dengan Paul Pogba yang dulunya dianggap serba kekurangan oleh Manchester United pada usia 18 tahun, kini diletakkan harga £120 juta

Tapi kini muncul Allardyce yang juga dikenali sebagai Big Sam, seorang jurulatih ‘bread and butter’ yang peka dengan keadaan serta situasi sebenar bola sepak England. Beliau seorang individu yang praktikal, memahami tahap sebenar pemain Inggeris.

Pelantikan ini tepat pada masanya kerana Allardyce mempunyai falsafah permainan yang boleh menjanjika­n keputusan. Dan keputusan saja yang diburu England di arena antarabang­sa. Beliau seorang jurulatih yang tidak gemar melayan ego pemain. Beliau tidak akan mengalah apabila media membesar-besarkan mana-mana pemain.

Menariknya, Allardyce tiada tekanan peribadi untuk berjaya kerana kejayaan beliau adalah untuk menyelamat­kan kelab daripada berdepan situasi buruk. Contoh terbaru, Allardyce berjaya mengekalka­n Sunderland dalam kancah elit Liga Perdana Inggeris selepas kelab itu berada dalam keadaan terdesak dan tertekan untuk menyelamat­kan diri daripada terjerumus ke liga bawahan.

Beliau sedikit sebanyak dibantu jurulatih Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino yang melonjakka­n pemain berkualiti seperti Eric Dier dan Dele Alli. Kedua-dua pemain ini sudah membuktika­n kebolehan yang jauh lebih tinggi berbanding pemain

„ FA England buat keputusan bijak dengan

pemilihan teraju baru Three Lions

Inggeris tradisiona­l lain. Begitu juga Jurgen Klopp yang sudah menaikkan taraf pemain seperti Nathaniel Clyne, Daniel Sturridge serta Adam Lallana.

Allardyce kini akan turut menerima pelbagai bantuan dari jurulatih ternama.

Kehadiran jurulatih bertaraf dunia seperti Pep Guardiola di Manchester City serta Antonio Conte (Chelsea) sekiranya tidak membantu secara langsung akan tetap mempunyai kesan. Sekiranya, secara langsung, Manchester City serta Chelsea tidak banyak menyumbang pemain kepada pasukan kebangsaan England, tapi taktik serta strategi bakal disusun mereka pasti membantu memberi kematangan kepada pemain.

Justeru, Allardyce kini berada dalam situasi terbaik kerana mempunyai khidmat jurulatih bertaraf dunia selama dua musim sebelum Piala Dunia 2018 Russia. Pusingan kelayakan Kumpulan F bersama Slovakia, Scotland, Slovenia, Lithuania serta Malta harus dilepasi tanpa kejutan atau keputusan tidak munasabah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia