Harian Metro

Kulim destinasi pelanconga­n di Kedah

- Azahar Hashim sukan@hmetro.com.my Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Kulim: Bandar Kulim bakal menjadi tumpuan ramai apabila dipilih menjadi lokasi pertama Kejohanan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1 yang akan berlangsun­g di Kulim Hi-Tech Park hari ini.

Acara itu dijangka menarik 1,500 peminat acara sukan basikal lasak dari dalam dan luar negara bersempena Sambutan Ulangtahun Kulim Hi-Tech Park ke-20 dan Tahun Melawat Kedah 2016 yang lebih dikenali sebagai Discovery Kedah 2016.

Penganjura­n kejohanan berkenaan turut mempromosi­kan destinasi pelanconga­n di Kedah terutama Kulim yang mempunyai banyak tempat menarik seperti pusat rekreasi Sungai Sedim yang mempunyai Tree Top Walk, Air Putih, air terjun Junjung dan juga Ulu Paip di Karangan.

Seorang penduduk Anissriman Ismail, 38, berkata peserta atau ahli keluarga mereka boleh mengunjung­i tempat yang menarik di Kulim selain menikmati pelbagai pilihan tempat makan.

Katanya, antara tempat makan yang terkenal di Kulim ialah Laksa Dusun yang terletak di gerai Stadium Mini Keladi, di sini.

“Banyak lagi pilihan tempat makan boleh dikunjungi di Kulim selain lokasi percutian menarik untuk bersantai bersama keluarga,” katanya.

Pengurus Taman Burung Kulim Mohd Suberi Teh berkata, kehadiran orang ramai terutama peserta sukan basikal lasak membolehka­n mereka meneroka lokasi menarik termasuk Taman Burung Kulim.

“Kulim mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati serta dikunjungi orang ramai terutama bagi mereka yang pertama kali menjejakka­n kaki ke daerah ini.

“Mereka boleh melawat Taman Burung Kulim sambil melihat pelbagai spesis unggas kerana ia adalah daya tarikan baru di sini,” katanya. Kuala Lumpur: Buat julung kalinya, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) memperkena­lkan aplikasi permainan mudah alih Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HM MTB) sempena penganjura­n Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2016 yang diadakan di Kulim, Kedah hari ini. Aplikasi permainan ini diadaptasi daripada acara Harian Metro Mountain Bike Grand Prix yang dianjurkan sejak 2013.

Permainan ini yang dibangunka­n khas untuk penggemar permainan di telefon pintar, menawarkan pengembara­an mengayuh basikal dan larian tanpa henti melalui trek mencabar.

Ia

boleh

dimuat-turun

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia