Harian Metro

NSTP perkenal permainan video HM MTB

-

secara percuma melalui platform Android dan iOS mulai 17 Julai lalu dengan membuat carian menggunaka­n kata kunci ‘Harian Metro Mountain Bike Grand Prix’ di telefon pintar.

Permainan ini juga membolehka­n pengguna memilih sendiri karakter penunggang dan mencorak basikal pilihan mereka mengikut cita rasa masing-masing.

Antara keunikan aplikasi permainan berkenaan adalah menjanjika­n pemain pengalaman yang nyata, contohnya membuat gaya di udara seperti Cliff Hanger, No Hander, Flatliner, Superman atau Cordova.

Selain itu, pemain turut diberi kebebasan untuk memilih trek perlumbaan mencabar berdasarka­n trek sebenar, antaranya di Legong (Kedah), Trolak (Perak), Tampin (Negeri Sembilan), Gambang (Pahang) serta Tanjung Piai (Johor) yang diadaptasi­kan khas bagi aplikasi permainan mudah alih ini.

Pengguna akan melalui tempoh perjalanan mencabar dengan basikal menerusi paparan tiga dimensi (3D) yang jelas. Untuk kayuhan lebih jauh, pengguna boleh menggunaka­n helah, naik taraf kemahiran serta menggunaka­n peralatan terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia