Harian Metro

MISI SUKAR DI IPOH

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

„ Aidil bimbang kebangkita­n Bos Gaurus rencat rentak pasukan

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Aidil Zafuan Abd Radzak menyifatka­n aksi menentang Perak pada saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Perak malam ini sebagai sesuatu yang amat sukar.

Aidil Zafuan tidak menafikan kebimbanga­nnya dengan prestasi skuad The Bos Gaurus yang kini di bimbing Karl Heinz Weigang tampak semakin meningkat dan ia pasti memberi ancaman kepada Harimau Selatan.

Dia menambah keputusan sama ada diturunkan atau berada di bangku simpanan terletak kepada percaturan ketua jurulatih Mario Gomez yang akan membentuk percaturan ampuh.

“Selepas mengharung­i dua perlawanan kita mencatat dua keputusan seri dan pastinya aksi menentang Perak amat penting untuk memburu kemenangan pertama namun, kami perlu berwaspada dengan corak permainan lawan.

“Sama ada saya diturunkan atau berada di bangku simpanan, terserah kepada perancanga­n jurulatih (Gomez) kerana beliau pasti ada taktikal tersendiri dan apa yang menjadi sasaran utama Kota Bharu: Kelantan perlu melupakan soal kekalahan di tangan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Selasa lalu dan kembali menumpukan perhatian untuk menang apabila bertemu Kuala Lumpur dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pengendali Kelantan Velizar Popov berpendapa­t, pertemuan dengan skuad bimbingan Ismail Zakaria itu tidak boleh dipandang rendah sebaliknya pelawat harus diberi perhatian serius jika Kelantan tidak mahu kehilangan tiga mata.

Katanya, pasukan kerdil seperti Kuala Lumpur yang terkenal dengan jolokan The City Boys itu mampu ‘membunuh’ mana-mana skuad

adalah membawa pulang tiga mata,” katanya.

Aidil Zafuan juga yakin betapa baki empat aksi yang akan ditempuh Johor DT pada kempen Piala Malaysia mampu menghadirk­an kemenangan dalam usaha menempatka­n diri ke suku akhir.

Malah katanya, jika tiga mata mampu diraih malam ini, Harimau Selatan pasti berada di landasan terbaik untuk meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan seterusnya.

“Laluan kita ke suku akhir nampak begitu getir, namun kita akan beri aksi terbaik pada baki perlawanan kerana keinginan untuk mara ke pusingan seterusnya begitu membara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia