Harian Metro

Anggota polis, RELA ditambah

- Azizan Hashim rizar@hmetro.com.my

Ipoh: Berikutan kekecohan sering berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan sebelum ini, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) meningkatk­an kawalan keselamata­n di Stadium Perak semasa perlawanan antara Perak dengan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) malam ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n PAFA, Johari Baharom berkata tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kemungkina­n berlakunya kejadian tidak diingini.

“Setakat ini tiada maklumat akan berlaku rusuhan atau kekecohan. Namun, kami tidak mahu ambil risiko,” katanya ketika ditanya mengenai langkah keselamata­n yang diambil.

Katanya anggota polis, RELA dan petugas ditambah untuk perlawanan ini.

Johari juga berkata, mereka sudah menyediaka­n tempat letak bas khas buat penyokong Johor DT dan berharap pemandu kenderaan akan mengikut arahan diberikan.

Menurutnya penyokong pelawat juga masuk ke stadium melalui laluan khas di pintu F saja.

Sehubungan itu Johari merayu kepada penyokong kedua-dua pihak supaya tidak melakukan provokasi bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

 ?? Aidil Zafuan Abd Radzak ?? Pastinya aksi menentang
Perak amat penting untuk memburu kemenangan pertama namun, kami perlu berwaspada dengan corak permainan lawan”
Aidil Zafuan Abd Radzak Pastinya aksi menentang Perak amat penting untuk memburu kemenangan pertama namun, kami perlu berwaspada dengan corak permainan lawan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia