Harian Metro

Elias tekad bantu Perak

-

Ipoh: Penjaring terbanyak Perak Elias Fernandes De Oliviera berhasrat untuk diturunkan bagi membantu Bos Gaurus ketika menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Perak, malam ini.

“Saya tidak mahu jadi penumpang serta bebanan kepada pasukan.

“Jika yakin saya boleh menyumbang, turunkan saya,” katanya yang baru sembuh daripada kecederaan.

Penjaring 12 gol keseluruha­n itu sedar perlawanan menentang Johor DT itu penting dan sehubungan itu Perak perlu turunkan kesebelasa­n terbaik.

Walaupun teringin sangat beraksi menentang gergasi bola sepak tempatan itu, Elias tidak mahu mementingk­an diri sendiri sebaliknya mengutamak­an kejayaan pasukan.

“Memang saya mahu beraksi sangat dalam perlawanan ini dan kalau boleh jaringkan gol.

“Tapi, segala-galanya bergantung pada jurulatih (Karl Weigang),” kata pemain Brazil yang gembira dengan sumbangann­ya setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia