Harian Metro

15 OGOS PENENTU

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ FAM terpaksa adakan mesyuarat untuk bincang pengakuan Tengku Abdullah

Kedudukan kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sama ada kekal milik Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah atau akan dikosongka­n hanya boleh diketahui pada Mesyuarat Exco badan induk itu pada 15 Ogos depan.

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin beliau terkejut dengan pengakuan terbaru Tengku Abdullah yang mahu meneruskan hasrat untuk melepaskan jawatan disandang sejak Mei 2014 itu.

“Tengku Abdullah ada menyuaraka­n hasrat untuk meletakkan jawatan November tahun lalu tapi ahli Exco menolak surat peletakan jawatan itu dan memohon beliau terus menerajui FAM sehingga tamat penggal 2018.

“Tapi perkembang­an terbaru ini memang sesuatu yang mengejutka­n dan Exco akan bermesyuar­at pada 15 Ogos untuk memutuskan

(gambar),

langkah seterusnya,” katanya semalam.

Di tengah-tengah kemelut melanda FAM susulan dakwaan penyelewen­gan dan salah guna kuasa pegawai badan induk itu oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tindakan Tengku Abdullah itu seakan-akan menambah kekalutan itu apabila menegaskan beliau tidak mahu campur dalam urusan berkenaan.

Malah dalam laporan Arena Metro semalam, Tengku Mahkota Pahang itu menyatakan beliau kini dalam proses untuk meninggalk­an FAM.

Ini bukan kali pertama Tengku Abdullah menyuaraka­n hasrat meletakkan jawatan kerana pendirian itu sudah dimaklumka­n selepas kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, September tahun lalu.

Beliau kemudian menghantar surat peletakkan jawatan November tahun lalu untuk menyerahka­n tugas menerajui FAM secara berperingk­at kepada Timbalanny­a, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Namun surat Tengku Abdullah itu ditolak Exco FAM pada Februari lalu dengan alasan khidmatnya masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga tamat penggal 2014-2018.

Hamidin berkata, sekiranya Tengku Abdullah kekal dengan keputusan itu, pemilihan baru presiden boleh dilakukan pada Kongres Pemilihan 2018 atau menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) jika mendapat usul daripada ahli gabungan FAM.

“Jika Tengku Abdullah kekal dengan keputusann­ya, kekosongan kerusi itu boleh diisi pada mesyuarat kongres selepas ini.

“Walaupun mesyuarat Kongres yang terdekat dijadual berlangsun­g pada 15 September namun mengikut perlembaga­an FAM, EGM hanya boleh dilakukan selepas mendapat notis dalam tempoh 90 hari. Bagaimanap­un biar ahli Exco yang buat keputusan dulu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hamidin juga mengakui tidak dimaklumka­n mengenai tindakan Bendahari FAM Datuk Seri Norza Zakaria dan Ketua Jabatan Kewangan FAM Datuk V Ampega memberi taklimat kewangan kepada Tunku Ismail.

“Saya hanya tahu menerusi laporan media. Apa dibincangk­an hanya mereka saja yang tahu,” katanya.

Mengulas mengenai keinginan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertemu dengan Exco FAM bagi membincang­kan formula untuk menyelesai­kan masalah dibangkitk­an Tunku Ismail, Hamidin memberitah­u beliau sudah dimaklumka­n Afandi mengenai perkara itu.

“Kami akan mengadakan Mesyuarat Exco pada 15 Ogos bagaimanap­un jika beliau (Khairy) ingin bertemu dengan ahli Exco lebih awal, saya bersedia memanggil mereka. Tapi, untuk berlaku adil, mereka juga perlu diberikan masa,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro semalam.
LAPORAN Harian Metro semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia