Harian Metro

Optimis baiki pencapaian empat tahun lalu

-

Kuala Lumpur: Ketua kontinjen negara ke temasya Olimpik Rio Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid menanam keyakinan cukup tinggi terhadap kemampuan atlet negara untuk memperbaik­i pencapaian empat tahun lalu di temasya terbesar dunia itu.

Beliau berkata, berdasarka­n perkembang­an atlet negara kemampuan barisan pemain badminton tidak perlu dipertikai­kan selain acara basikal menerusi Azizulhasn­i Awang yang dianggapny­a turut mempunyai peluang berdasarka­n pencapaian atlet itu menduduki tempat ketiga di Kejohanan Dunia.

Al-Amin berkata, melihat prestasi atlet negara, beliau yakin empat tahun lalu akan dapat diperbaiki namun tidak berani untuk memberi jaminan warna pingat yang akan diperoleh.

“Keyakinan saya cukup

(gambar)

tinggi tapi seperti yang Menteri (Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar) berkata tiada sasaran diletakkan kepada atlet, namun kita sedia maklum peluang untuk pingat itu memang jelas.

“Bagaimanap­un warna pingat itu tidak dapat dipastikan dan kita tunggu pada hari kejohanan nanti,” katanya.

Al-Amin yang juga Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berlepas ke Rio de Janeiro kelmarin bersama skuad badminton negara dan atlet angkat berat Hafifi Mansor.

Peluang berada 10 hari lebih awal di Rio dilihat mampu mengurangk­an tekanan kepada pemain badminton yang diketuai Datuk Lee Chong Wei.

Al-Amin berkata semangat pemain badminton cukup tinggi dan diharapkan ia akan dapat membantu pemain untuk membiasaka­n diri dengan masa dan venue kejohanan.

Edisi temasya Olimpik kali ini, menyaksika­n kontinjen negara akan diwakili 32 atlet dalam sembilan jenis sukan.

Badminton menjadi sukan yang mempunyai wakil teramai dengan lapan pemain diikuti atlet terjun (6), golf (4), memanah (3), pelayaran, basikal, renang, olahraga (2) selain masing-masing satu daripada angkat berat, menembak dan renang terbuka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia