Harian Metro

MASIH ADA PELUANG

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Jegathesan yakin rekod kebangsaan acara 200 meter lelaki

miliknya selama 48 tahun akan lebur suatu hari nanti

Legenda olahraga negara Tan Sri Dr M Jegathesan yakin rekod kebangsaan acara 200 meter lelaki miliknya selama 48 tahun akan lebur suatu hari nanti meskipun cubaan untuk memecahkan­nya oleh pelari pecut muda Khairul Hafiz Jantan di final Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak semalam, gagal.

Dalam aksi final itu, Khairul yang mendominas­i persaingan dengan mencatat 21.03 saat ketinggala­n 0.11s kepada rekod Jegathesan yang dilakar di Sukan Olimpik 1968 Mexico.

Catatan atlet Melaka itu hanya mampu memperbaha­rui rekod SUKMA 21.14s yang dilakukann­ya pada aksi separuh akhir kelmarin.

Perak acara itu menjadi milik Muhammad Aqil Yasmin dari Selangor dengan catatan 21.31s manakala atlet tuan rumah Jonathan Nyepa gangsa, 21.34s.

Jegathesan, 72, berkata, berdasarka­n usia Khairul serta beberapa pelari lain seperti Aqil, Jonathan dan Badrul Hisyam Abdul Manap yang masih muda, beliau percaya rekodnya itu hanya menunggu masa untuk dipecahkan.

“Saya menanti penuh debaran final 200m itu menerusi siaran langsung di televisyen kerana saya memang mengharapk­an rekod itu dapat dipecahkan.

“Walaupun tidak berjaya, saya percaya Khairul dan pelari lain masih ada masa dan peluang melakukann­ya. Sekarang dia baru berusia 18 tahun, sekurang-kurangnya ada lima tahun lagi untuk buat (pecah rekod).

“Pada saya, rekod itu hanya menunggu masa untuk dipecahkan jika melihat kepada potensi pelari muda yang kita ada sekarang,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Sebelum itu, Khairul keempat di Kelantan meskipun menjuarai perlumbaan.

Akibat insiden itu Tengku Amirul dikenakan penalti yang menyaksika­n penyertaan­nya dibatalkan dan 25 mata diraih turut terbatal.

Keputusan itu bagaimanap­un tidak menjejaska­n kedudukan Tengku Amirul apabila masih mengunggul­i kedudukan pelumba CP115 dengan 70 mata mengatasi pencabar terdekat, Harith Farhan Baharin (61).

Meskipun saya masih berada di atas, kelebihan jurang mata semakin mengecil. Lantaran saingan kini tinggal enam pusingan musim ini, saya perlu kembali melebarkan jurang pungutan mata,” katanya.

Saingan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsun­g di Stadium Mini Teluk Intan. Masuk adalah percuma. mencipta sensasi baru arena olahraga tempatan apabila melakar rekod baru kebangsaan acara 100m dengan masa 10.18s pada final Rabu lalu bagi memecahkan catatan 10.30s milik Watson Nyambek.

Bagaimanap­un Jegathesan yang diberi gelaran ‘Flying Doctor’ mengingatk­an agar potensi dimiliki

Khairul serta pelari lain tidak disia-siakan. Melaka: ‘The Flying Youth’ adalah gelaran terbaik buat Raja Pecut SUKMA ke-18, Khairul Hafiz Jantan berdasarka­n keupayaan anak Melaka itu muncul pelari terpantas negara pada usia 18 tahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata dengan menjadi pelari terbaik negara pada usia yang masih muda Khairul dan seorang lagi pelari pecut muda negeri ini Badrul Hisham Abdul Manap, 19, mempunyai masa depan cerah bagi mengharumk­an nama Malaysia di persada dunia.

“Layaklah dia (Khairul) digelar pemuda paling laju atau ramai yang bertanya saya apa kita nak namakan dia seperti raja pecut sebelum ini. Jadi saya kira yang terbaik ‘The Flying Youth’ orang muda terpantas di negara ini.

“Tahniah buat Khairul, Badrul dan rakan-rakan lain kerana mencipta nama untuk Melaka serta memecah

“Bukan Khairul saja, malah ada potensi beberapa pelari lain juga tidak boleh disia-siakan. Mereka ini perlu diberikan program terbaik serta pendedahan di luar negara bagi meningkatk­an prestasi,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUL Hafiz (kiri) ketika memenangi emas 200m lelaki.
KHAIRUL Hafiz (kiri) ketika memenangi emas 200m lelaki.
 ?? M Jegathesan ?? Walaupun tidak berjaya, saya percaya Khairul dan pelari lain masih ada masa dan peluang melakukann­ya”
M Jegathesan Walaupun tidak berjaya, saya percaya Khairul dan pelari lain masih ada masa dan peluang melakukann­ya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia