Harian Metro

Delia gagal gugat kemaraan Joelle

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Lumpur: Pemain perseorang­an kedua negara Delia Arnold gagal mengikuti jejak langkah Datuk Nicol David untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Jemputan Skuasy Wanita apabila tewas kepada Joelle King, semalam.

Kejohanan di Bukit Jalil itu menyaksika­n Delia tewas 12-14, 8-11, 9-11 pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B dalam pertarunga­n memakan masa 39 minit.

Pemain berusia 28 tahun itu bermula baik pada set pertama apabila mendahului lawan dengan selesa. Bagaimanap­un perubahan corak permainan Joelle membuatkan dia gagal mengekalka­n rentak permainan.

“Saya bermain baik set pertama tapi terlalu cepat mencapai tahap kemuncak menyebabka­n saya gagal untuk rentak itu terutama selepas lawan mengubah corak permainann­ya.

“Banyak yang perlu saya perbaiki sebelum musim baru bermula,” katanya sambil mengakui perlawanan menentang Joelle itu sukar.

Tamatnya aksi peringkat kumpulan semalam menyaksika­n Nicol yang muncul juara Kumpulan A akan turun berdepan naib juara Kumpulan B, Omneya Abdel Kawy, manakala Joelle selaku juara Kumpulan B akan bertemu naib juara Kumpulan A Joshna Chinappa dari India hari ini.

Delia akan turun menentang Jenny Duncalf untuk tempat kelima esok.

 ??  ?? DELIA (kanan) kandas pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.
DELIA (kanan) kandas pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia