Harian Metro

Wilayah selesa status bukan pilihan

-

„

Kuching: Berdepan Perak yang tampil buat kali ketiga pada aksi final bola sepak hari ini jelas memberi gambaran sebenar betapa sukar rintangan dihadapi Wilayah Persekutua­n.

Atas faktor itu, ketua jurulatih Sulaiman

Hussin lebih selesa untuk meletakkan anak buahnya sebagai pasukan bukan pilihan tetapi tegas mengatakan mereka tidak akan memberi laluan mudah buat Perak.

“Untuk final kali ini, peluang kekal 50-50. Pasukan mana kurang melakukan kesilapan, pasukan itu akan menang.

“Sudah pasti kami tidak akan mensia-siakan peluang untuk meraih gelaran juara sekali gus memenangi pingat emas.

“Tapi di atas kertas, Perak pastinya pasukan pilihan juara,” katanya.

Sementara itu, kapten Perak Muhammad Fadhil Idris berkata, dia serta rakan sepasukan akan cuba mempamerka­n aksi terbaik dalam usaha mempertaha­nkan emas yang dimenangi dua tahun lalu.

“Jika semua memberi kerjasama baik dan mempamer semangat juang tinggi, saya percaya kami mampu mempertaha­nkan emas itu.

“Sudah tentu kami tidak akan memandang rendah Wilayah Persekutua­n kerana mereka juga pasti akan beraksi sebaik mungkin,” katanya.

 ?? Khairul Hafiz Jantan ?? Saya memang berharap dapat pecahkan rekod kebangsaan 20.92 saat selepas ini. Sebenarnya saya tak jangka boleh dapat melakukan 21.03 saat kerana saya tak mahu fikir langsung mengenai sasaran memecahkan rekod”
Khairul Hafiz Jantan Saya memang berharap dapat pecahkan rekod kebangsaan 20.92 saat selepas ini. Sebenarnya saya tak jangka boleh dapat melakukan 21.03 saat kerana saya tak mahu fikir langsung mengenai sasaran memecahkan rekod”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia