Harian Metro

Larian Aqil tarik perhatian

-

Kuching: Ketika tumpuan terarah kepada Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap (Melaka) serta pelari tuan rumah, Jonathan Nyepa, muncul Aqil Yasmin dari Selangor mencuri tumpuan apabila meraih tempat kedua acara akhir 200 meter semalam.

Aqil yang sebelum ini menduduki tempat kelima 100m dengan catatan 10.48 saat, berjaya menumpaska­n pelari pilihan Jonathan dan Badrul Hisyam selepas melakukan catatan peribadi terbaik 21.31s bagi meraih perak.

Menurut pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dia sudah melakukan yang terbaik dan pingat perak itu berkat usaha dirinya sendiri bersama jurulatih ketika di dalam latihan.

“Ini juga berkat doa ibu bapa, cikgu dan rakan-rakan. Saya juga berasa lega dapat lari dengan baik dalam acara kegemaran saya,” katanya yang berjaya memadam catatan peribadi terbaik lama 21.71s ketika separuh akhir kelmarin.

Jelasnya, dia berasa bangga kerana dapat mencelah di antara dua nama besar, Jonathan dan Badrul Hisyam untuk melintasi garisan penamat di belakang Khairul Hafiz yang meraih emas serta mencatat rekod baru temasya, 21.03s.

“Saya rasa sangat bangga, tumpuan memang terarah mereka bertiga sebagai pelari pilihan dan saya cuma melakukan larian seperti diajar jurulatih sehingga ke garisan penamat.

“Selepas ini saya akan berusaha lagi dalam latihan, ikut apa yang dirancang jurulatih. Apa yang saya belum peroleh, saya tidak akan menyerah kalah begitu saja,” katanya.

Ditanya sama ada selepas ini akan menumpukan sepenuhnya untuk 200m, Aqil berkata, terpulang kepada perancanga­n jurulatih dan dia bersedia untuk beraksi dalam kedua-dua acara itu.

 ??  ?? AQIL (kanan) raih tempat kedua acara akhir 200m.
AQIL (kanan) raih tempat kedua acara akhir 200m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia