Harian Metro

Irfan belum puas, gagal temui rentak

-

Kuching: Rekod baru masih belum cukup memberi kepuasan buat atlet lempar cakera negara Muhammad Irfan Shamshuddi­n selepas berehat daripada menyertai sebarang kejohanan sejak hujung Jun lalu.

Di Stadium Sarawak semalam, Irfan melakukan lemparan sejauh 55.16 meter untuk memadam rekod lama 54.26m yang dilakukann­ya di Perlis dua tahun lalu.

Irfan yang mempertaha­nkan pingat emas acara berkenaan berkata, dia sebenarnya masih belum menemui rentak diinginkan.

Bagaimanap­un, Irfan yang dipanggil untuk mewakili negara di Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Singapura awal bulan ini hanya mula kembali memberi tumpuan penuh kepada SUKMA sejak dua minggu lalu dan tempoh itu nyata tidak membantuny­a mencatat keputusan lebih baik.

“Saya tidak puas hati sangat dengan keputusan ini kerana saya tahu pada SUKMA akan datang, pasti ada yang akan memecahkan rekod ini,” katanya ketika ditemui selepas acaranya berakhir semalam.

Jelasnya, dia hanya kembali memegang cakera sejak dua minggu lalu dan mengaku mengambil sedikit masa untuk mendapatka­n rentak sebenar.

“Ketika ini, musim pertanding­an saya sudah tamat jadi saya ingin berehat sekejap sebelum kembali beraksi.”

Semalam, atlet berusia 19 tahun itu mengetepik­an wakil tuan rumah Abdul Rahman Lee yang merekodkan 46.62m manakala Afifi Najiy Ali dari Negeri Sembilan meraih gangsa dengan 41.10m.

 ??  ?? IRFAN catat lemparan sejauh 55.16m.
IRFAN catat lemparan sejauh 55.16m.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia