Harian Metro

Berkat kesabaran peroleh emas

-

Kuching: Penantian bukan satu penyeksaan buat penembak Terengganu Safirredzu­an Salim apabila hanya menganggap faktor itu sebagai cabaran untuk menguji semangat juang dirinya.

Berkat kesabaran, dia akhirnya berjaya meraih pingat emas pada hari penutup acara menembak semalam.

Safirredzu­an sebelum

ini hanya meraih perak dan gangsa dalam acara 25m standard pistol serta 25m rapid fire pistol, namun semalam hari terbaik buatnya kerana membawa pulang emas berganda acara 25m sports pistol individu dan berpasukan.

Lebih menarik, catatan 569 mata dilakukann­ya catatan peribadi terbaiknya sekali gus menumpaska­n Low Wei Chern dari Pahang (568) dan penembak Perak, Akmal Arif Abdul Lathif (566) dalam acara individu.

Dalam acara berpasukan, dia bersama dua lagi penembak Terengganu Raja Ahmad Firdaus Raja Mohd dan Nik Muhammad Luqman Nik Omar mengumpul 1,686 mata untuk mengetepik­an Pahang (1,667) dan Perak (1,658).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia