Harian Metro

Itali, United pilihan Sasqia

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Namanya semakin menyerlah dalam dunia lakonan tetapi ramai yang tidak tahu bahawa Sasqia Dahuri juga aktif dalam sukan.

Biarpun dia bukan peminat tegar bola sepak, namun Sasqia kerap meluangkan masanya untuk bermain futsal bersama teman-teman sekiranya berpeluang.

“Saya memang minat bersukan. Sejak di zaman belajar lagi, saya dan rakan-rakan kerap bersama-sama meluangkan masa bermain futsal.

“Dalam sebulan, selalunya dua kali kami akan berkumpul dan bermain,” katanya.

“Saya bukanlah peminat tegar, namun tetap menonton perlawanan bola sepak kalau berkesempa­tan. Pasukan negara pilihan saya adalah Itali.

“Walaupun tidak bergelar juara pada Euro 2016 lalu namun Itali tetap mencuri perhatian saya,” katanya.

Menurut Sasqia lagi, satu lagi pasukan bola sepak yang menjadi pilihannya adalah Manchester United.

“Memang saya sangat teruja sebab tidak lama lagi, musim baharu Liga Perdana Inggeris akan bermula. United baru-baru ini mengambil pengurus Jose Mourinho dan beliau sebelum ini pernah mengemudi beberapa kelab lain sehingga bergelar juara,” katanya.

Sebagai peminat The

Red Devils, Sasqia juga berbangga dengan adanya Zlatan Ibrahimovi­c yang sebelum ini pernah membawa kelab Perancis Paris Saint-Germain menjuarai Ligue 1.

“Selain Zlatan, Paul Pogba dari kelab Juventus juga ditawarkan untuk kembali beraksi bersama United. Itu menjadi salah satu sebab kenapa saya kekal menyokong mereka,” katanya.

Bercerita mengenai bola sepak, Sasqia sebagai pelakon menganggap ia sebagai sukan yang menyatukan masyarakat.

“Kalau ada acara perlawanan, seperti sudah menjadi tradisi di seluruh dunia untuk semua orang berkumpul bersama bagi menyaksika­nnya.

“Memang acara sebegitu ditunggu-tunggu. Ia sekali gus dapat mengeratka­n hubungan sesama rakan,” katanya lagi.

 ??  ??
 ??  ?? BANGGA Ibrahimovi­c pilih United.
BANGGA Ibrahimovi­c pilih United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia