Harian Metro

Ambil pendekatan bertenang

- DARI MUKA 5

“Sesiapa pun yang berada di tempat saya pasti berasa malu dan geram apabila diejek mengenai sesuatu yang tak betul. Namun saya menganggap tindakan mereka itu sekadar usikan manja kerana sudah mengetahui perkara sebenar.

“Diakui saya juga tertekan kerana orang tidak berhenti menyalahka­n saya. Bagaimanap­un, kesibukan kerja membuatkan saya lupa seketika perkara itu. Apa yang penting satu Malaysia sudah tahu siapa dia sebenarnya.

“Saya tidak boleh menutup mulut orang daripada terus bercakap. Saya sudah tidak kisah dan malas ambil tahu lagi. Lambatlaun isu ini akan senyap dengan sendirinya,” kata Ruhainies.

Sambung pelakon drama Hello Mr Perfect ini, dia tidak mahu cepat melatah sehingga menampakka­n dirinya bersalah sebaliknya mengambil pendekatan bertenang dan menjawab segala persoalan.

“Kalau saya berdiam diri orang mesti bercakap sebaliknya. Disebabkan itu saya berani tampil memberi kenyataan apabila video berkenaan tersebar. Saya lebih tahu apa yang sebenarnya yang berlaku kerana berada di tempat kejadian.

“Pada masa sama saya bersyukur keluarga dan rakan kenal siapa diri ini. Begitu juga dengan peminat yang tidak putusputus memberikan kata semangat dan sokongan. Kepercayaa­n mereka menjadikan diri saya lebih kuat,” katanya.

Sejak kejadian itu, Ruhainies yang kini tampil dengan drama Menantu

Ting Tong di TV3 lebih berhatihat­i terutama ketika berurusan dengan individu baru dikenali.

“Sejujurnya banyak perkara yang saya belajar daripada insiden itu. Saya mula sedar apabila bergelar artis segala pergerakan dan tingkah laku menjadi perhatian masyarakat.

“Bukan saja perlu berhati hati, malah saya tidak boleh terlalu mudah percayakan orang lain. Dalam erti kata lain, kena sentiasa beringat dan peka dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Bagi mengelakka­n perkara sama berulang, Ruhainies meminta bantuan ibu, adik, pembantu peribadi atau rakan untuk sentiasa berada di sisinya.

“Dulu, saya boleh ke manamana seorang diri. Sekarang saya kena ada teman jika mahu ke manamana. Malah, ibu turut menyaranka­n perkara sama.

“Bukan apa, saya masih fobia apabila perkara sebelum ini boleh berlaku di tempat terbuka,” katanya.

Rentetan daripada insiden berkenaan, Ruhainies mengambil keputusan untuk membatalka­n projek yang dibincangk­an bersama lelaki itu.

“Pertemuan kami untuk membincang­kan projek filem pendek seperti iklan raya membabitka­n saya dan dia barubaru ini.

 ??  ?? Ruhainies tak mahu cepat melatah sehingga menampakka­n seolah-olah dia bersalah
Ruhainies tak mahu cepat melatah sehingga menampakka­n seolah-olah dia bersalah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia