Harian Metro

Tiga pencalonan bakar semangat

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Pernah berasa sedih sehingga fobia hendak menyanyi, Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy berharap perkara itu tidak berulang lagi.

Malah, tercalon sekali lagi dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 yang bakal berlangsun­g pada 30 September ini, Lizzy melihat peluang itu secara positif seterusnya membakar semangatny­a untuk terus mengukuhka­n nama sebagai penyanyi.

“Saya bersyukur dicalonkan sekali lagi. Kali ini untuk tiga pencalonan iaitu kategori Kumpulan Terbaik, Lagu Terbaik dan Lagu Paling Popular APM.

“Ketiga-tiga pencalonan ini menerusi lagu Setia duet bersama Faizal Tahir. Saya anggap ini rezeki dan kerana Faizal, Setia terpilih.

“Tidak dinafikan kritikan yang saya terima sebelum ini buat rasa rendah diri sehingga takut hendak menyanyi depan khalayak.

“Namun selepas terbabit dalam beberapa program di Indonesia, saya kembali bersemanga­t dan nekad berusaha lebih gigih,” katanya.

Melihat kehebatan artis Indonesia, Lizzy berasa tercabar namun ia bukan alasan untuknya mengalah.

“Artis di sana hebat belaka. Mereka menjadi pemangkin semangat saya selain bantuan Faizal untuk terus bertahan dalam bidang ini.

“Meskipun sukar pada awalnya, saya tidak boleh mengalah dan perlu terus berusaha untuk lebih maju,” katanya.

Tampil dengan single baru berjudul Tabah, Lizzy akur apabila kurang mendapat sambutan.

Mungkin kerana waktu promosi yang tidak sesuai antara sebab lagu itu tidak mendapat perhatian.

“Lagu ini dilancarka­n beberapa minggu sebelum Ramadan. Pastinya ketika itu orang lebih fokus dengan lagu kerohanian.

“Pun begitu, saya berharap lagu ini akan mendapat tempat di hati peminat apabila muzik videonya dilancarka­n tidak lama lagi.

“Tabah bergenre rock dan blues. Ia adalah percubaan pertama saya dalam mencipta lagu dan dibantu Audi Mok.

“Mungkin agak sukar untuk orang terima, tetapi saya tidak putus berdoa ia akan hit seperti lagu Knock Knock,” katanya

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia