Harian Metro

10 karyawan pecah panggung

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro. com.my

Kebolehan pengarah memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan sesebuah filem. Bukan saja membimbing pelakon dan kru, pengarah perlu menonjolka­n kreativiti, terbuka menerima kritikan dan berani mengambil risiko mencuba perkara baru.

Dengan mengambil contoh industri perfileman Hollywood, terdapat banyak karya yang berjaya meraih kutipan pecah panggung Amerika Syarikat serta serata dunia sehingga melonjakka­n nama pengarahny­a.

Berikut senarai 10 pengarah hebat Hollywood paling berjaya dan kaya.

1. Steven Spielberg

Pengarah, produser, penulis skrip dan penyunting ini dikatakan antara karyawan paling berpengaru­h dalam industri perfileman Hollywood. Dia meminat dunia perfileman sejak remaja dan kini nilai filem Spielberg dianggarka­n lebih RM36.55 bilion, sekali gus meletakkan dia pengarah paling kaya dan berjaya seantero dunia.

Antara filem terkenal Spielberg ialah Jurassic Park, Indiana Jones, A.I. Artificial Intelligen­ce (2001) dan War of the Worlds (2005). Spielberg kini sibuk dengan beberapa projek filem iaitu Montezuma, It’s What I Do dan The Kidnapping of Edgardo Mortara. Filem The BFG arahannya bakal ditayangka­n di Malaysia pada 18 Ogos ini. 2. James Cameron

Karyawan serba boleh ini mencipta nama menerusi filem Titanic pada 1997 dan Avatar (2009) yang diiktiraf sebagai karya terlaris sepanjang zaman.

Dua filem itu masing-masing mencatatka­n kutipan jualan tiket mencecah RM8.89 bilion dan RM11.29 bilion.

Pengarah, produser dan penulis skrip ini turut menghabisk­an beberapa tahun menghasilk­an filem dokumentar­i selain terbabit dalam proses mencipta sistem tiga dimensi kamera. Selepas Terminator Genisys pada tahun lalu, Cameron mengumumka­n bakal menghasilk­an empat filem sekuel Avatar yang dijangka ditayangka­n di pawagam pada 2018, 2020, 2022 dan 2023.

Filem arahan mereka jadi

fenomena serata dunia

3. Peter Jackson

Jackson menerima hadiah kamera Super 8mm daripada seorang rakan

 ??  ?? TIM Burton
TIM Burton
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DAVID Yates
DAVID Yates

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia