Harian Metro

Berseri hati terisi

-

sudah menghadiri kursus kahwin dan kini meninjau lokasi sesuai untuk majlis perkahwina­n.

“Saya amat berharap segala perancanga­n berjalan lancar. Saya kini berhatihat­i dalam setiap tingkah laku bagi menjaga nama baik Johan.

“Dia tak biasa dengan selok-belok industri hiburan. Selebriti macam saya seringkali jadi bahan bualan masyarakat, tapi syukur dia okey.

“Johan rajin juga membaca artikel hiburan secara online dan kerap bertanyaka­n kepada saya mengenai isu yang hangat diperkatak­an,” katanya.

Ditanya sama ada dia bersedia mendedahka­n wajah kekasihnya kepada umum, Julia berkata, hanya akan melakukann­ya selepas mereka diijabkabu­lkan.

CABAR DIRI

Dalam perkembang­an lain, pelakon drama Bibik Bibikku ini turut terbabit program Super Spontan Superstar yang bersiaran menerusi Astro Warna

(132) dan Mustika HD (134) bermula 5 Ogos ini.

Julia menyifatka­n program itu cukup istimewa dan teringin mencuba nasib beraksi secara spontan.

“Ramai yang mahu mencuba, tetapi tak berani kerana ia acara spontan. Saya hadir ke sesi boot camp dan dapati ia sangat mencabar. Daripada situ timbul perasaan teruja.

“Pelbagai perkara baru saya belajar sepanjang boot camp berlangsun­g. Kini saya nekad cabar diri berlawak di depan penonton. Lagipun kita perlu mencuba benda baru dalam hidup.

“Super Spontan Superstar menampilka­n ramai peserta dan setiap orang ada peranan masing-masing. Meskipun saya tidak kekoh beraksi, perasaan gemuruh tetap ada,” katanya.

 ??  ?? Tak dinafikan ada
perancanga­n untuk berkahwin, tetapi tarikhnya
belum ada
Tak dinafikan ada perancanga­n untuk berkahwin, tetapi tarikhnya belum ada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia