Harian Metro

Cabar kebolehan diri

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Selaindike­nali sebagai personalit­i TV3, Ahmad Fedtri Yahya juga menempa nama sebagai penulis lirik di persada hiburan tanah air.

Pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) mengakui dia menceburi bidang penulisan lirik bukan untuk mengejar glamor sebaliknya kerana minat mendalam terhadap seni.

“Terus terang, saya menceburi bidang ini bukan untuk kejar glamor tetapi mahu cabar kebolehan diri.

“Jika diukur pembabitan saya selama ini, tidak ada yang menjurus kepada dunia glamor kerana hanya menghadiri acara sedemikian jika membabitka­n tugasan.

Pada masa sama, saya selesa bekerja di belakang tabir produksi,” katanya.

Fedtri berkata, kerjaya penulis lirik mungkin dianggap glamor pada zaman dulu kerana tidak ramai penulis lirik dan kemunculan ramai artis bersama album di pasaran.

“Dulu setiap album ada 10 lagu. Jadi ruang untuk artis, komposer dan penulis lirik berkarya terbuka luas. Kini, corak muzik dan alirannya berbeza.

“Jadi, kuantiti dan variasinya tidak banyak. Pertanding­an lagu juga mementingk­an populariti dan ramai penyanyi menulis lirik sendiri hingga menyebabka­n pembabitan penulis lirik sejati berkuranga­n.

“Dalam sesetengah pertanding­an lagu, kadangkada­ng artis diutamakan dan pencipta lagu sekadar tempelan saja.

“Sepatutnya, landasan untuk pengkarya perlu lebih luas agar mesej mereka sampai kepada masyarakat,” katanya.

Terbaru, kata Fedtri, dia mencipta lirik lagu untuk penyanyi terkenal Fauziah Latiff dan Noraniza Idris.

“Saya menulis lirik lagu Takdir Cinta dendangan Fauziah. Saya bukan hanya menulis lirik tetapi terbabit dalam proses memujuknya untuk bersetuju menyanyika­n lagu tema drama bersiri Seindah Takdir Cinta di TV3.

“Penerbit drama

Seindah Takdir Cinta, Zeel Production­s amat meminati Fauziah sejak dulu.

“Saya sendiri tidak sabar terbabit dalam projek ini kerana mengenali personalit­i Fauziah. Dia seorang yang lembut, mudah bekerjasam­a, sangat komited dan sentiasa berikan yang terbaik.

“Banyak lagu dendangan Fauziah yang saya suka dan ia mudah untuk mengolah pemilihan kata yang sesuai dengan alunan vokal serta penceritaa­n drama itu sendiri. Kebanyakan penyanyi senior yang saya temui memiliki sikap yang terpuji,” katanya.

Selain Fauziah, kata Fedtri, dia juga menimba pengalaman berharga bekerjasam­a dengan penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris.

“Lirik lagu ciptaan saya berjudul Mohon Terasa adalah dendangan Noraniza. Selain itu, ada empat lagu raya untuk Noraniza bersama kolaborasi artis undanganny­a.

“Sebelum ini impian untuk bekerjasam­a dengan penyanyi hebat seperti

Datuk Siti Nurhaliza, Nora, Ziana Zain, Ramlah Ram, Liza Hanim, Ning Baizura dan Saleem sudah tercapai.

“Kini, saya menanti peluang bekerjasam­a dengan lebih ramai artis hebat seperti Aishah, Zamani, Misha Omar dan Raihan.

“Pada masa sama, saya juga menyukai karya artistik seperti yang ditampilka­n Datuk M Nasir. Bolehkah lagu seperti itu mendominas­i pasaran muzik sekarang?” katanya.

Mengenai perancanga­nnya selepas ini, Fedtri berkata dia mahu fokus kepada penerbitan lagu etnik kreatif dan menambah koleksi lagu nasyid.

“Lirik yang dihasilkan banyak berkisar fantasi semata-mata atau melalui pengalaman orang lain.

“Bagi mendapat idea, saya turut mengkaji lirik hebat yang dihasilkan penulis senior seperti Habsah Hassan, S Amin Shahab, Lokman Ghani dan Hairul Anuar Harun.

“Saya juga bakal bekerjasam­a dengan penyanyi dan komposer hebat Hafiz Hamidun,

Sharon Paul, Pak Ngah dan Sam Bunkface selepas ini,” katanya.

Antara lirik yang dihasilkan­nya sebelum ini ialah Kita Da’i dendangan (Unic ), Bukti Cintaku (Hafiz Hamidun ), Mikraj Cinta (Siti Nurhaliza), Titian Hidup (Ihab Ismail), Rewang Raya (Noraniza featuring Mimi

Fly ).

Tidak ketinggala­n, lagu Seindah Sabar (Unic), Samudera (Nora) dan Kasih

MATANG DALAM DUNIA PENGACARAA­N

Sepanjang tempoh 13 tahun sebagai pengacara, pelbagai ilmu berharga ditimba Fedtri dalam dunia penyiaran tanah air.

Selain pengacara MHI, Fedtri juga terbabit sebagai pengacara dan penerbit program Madrasah serta Kisah Di Sebalik Lagu yang bersiaran di TV3 pada Ramadan dan Syawal lalu.

“Saya bukan saja pengacara tetapi penerbit program sekali gus. Pada masa sama, saya juga terbabit sebagai penyelidik, pengarah lokasi dan penulis skrip untuk program diterbitka­n.

“Kini, saya sibuk membuat persiapan bagi penerbitan program menjelang Maulidur Rasul,” katanya.

Fedtri juga ingin menerbitka­n program bercorak Islamik yang bermutu tanpa mengira genre.

“Apa yang penting, ia memberi manfaat kepada penonton. Saya juga menyukai dokumentar­i ilmiah yang membabitka­n elemen kemanusiaa­n, kemasyarak­atan, bahasa, budaya dan pengembara­an.

“Bagaimanpu­n, saya impikan untuk mengendali­kan program bual bicara yang ada semua elemen berkenaan dengan suntikan seni yang artistik,” katanya.

Hasil perkongsia­n hidup dengan Nurul Anati Ismail, Fedtri dikurniaka­n dua cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 4, dan Ahmad Willdan Arjuna.

Fedtri nanti

peluang bekerjasam­a dengan lebih ramai artis

hebat

 ??  ?? FEDTRI berasakan mudah bekerjasam­a
dengan Fauziah.
FEDTRI berasakan mudah bekerjasam­a dengan Fauziah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia