Harian Metro

Tak sorok cerita cinta

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Apabila dilihat sering bertukar teman lelaki yang diketahui umum secara terbuka atau gosip, senario itu pasti memberi impak kurang baik kepada empunya diri.

Namun Anis Al Idrus, 28, menganggap peminat kini bijak menilai dirinya dan apa yang berlaku kepada hubungan cintanya sebelum ini yang sudah tiada persefaham­an sekali gus menepis dakwaan dia ‘playgirl’.

Kini, pelakon jelita itu menjalin hubungan cinta dengan hero drama Sayangku Kapten Mukhriz iaitu Raja Afiq R Razali,

22. Mereka berkenalan ketika sama-sama terbabit dalam Kempen Syukur Selalu 2016.

Anis mendapati

Afiq menepati ciriciri lelaki idamannya iaitu berbudi bahasa, matang dan memahami tanggungja­wabnya sebagai anak tunggal dalam keluarga.

“Sebagai anak tunggal saya perlu berikan lebih perhatian kepada ibu bapa kerana mereka tiada anak lain. Apatah lagi, mereka menetap di Indonesia kerana bapa menguruska­n ladang sawit di sana.

“Apabila mereka pulang bercuti atau saya ke sana, saya fokuskan sepenuh perhatian terhadap mereka.

“Meskipun Afiq lebih muda daripada saya, dia amat memahami. Saya perlukan lelaki yang matang dalam segala hal. Dia anak lelaki tunggal daripada empat beradik dan dia yang bongsu tetapi perjalanan hidupnya membuatkan dia cepat matang daripada usia sebenar,” katanya.

Dalam perhubunga­n kali ini juga pemilik nama sebenar, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus ini dilihat lebih terbuka, tidak teragakaga­k dan tidak mengambil masa lama untuk mengumumka­n percintaan mereka.

“Kami sepakat berkongsi mengenai hubungan ini dengan media dan peminat. Barangkali ada beranggapa­n terlalu awal untuk dihebahkan kerana belum tahu sejauh mana hubungan ini akan bertahan.

“Saya dan Afiq hanya mampu merancang, apa yang akan berlaku pada masa depan kami serahkan kepada Allah SWT,” katanya.

Ujar Anis lagi, jika mereka memilih merahsiaka­n perkara itu, lambat-laun masyarakat akan tahu juga kerana tidak mustahil peminat nampak mereka keluar berdua.

Perkembang­an lain, Anis tampil dengan drama D’Kayangan bersama

Adi Putra di TV2. Dalam waktu terdekat, dia akan menjayakan penggambar­an telefilem Fantasia Bulan Madu, tribute kepada Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

Penggambar­an telefilem itu akan dilakukan di Kuala Lumpur, Alor Star dan Pulau Pinang.

Selain itu, Anis kini rancak melaungkan kempen hidup lebih sihat, cergas dan ceria menerusi myBuddies Run (Sehati Sejiwa). Larian

Anis akui menyenangi Raja Afiq kerana amat

memahami walaupun lebih muda

anjuran Mynic Berhad sempena Hari Kebangsaan 2016 itu akan berlangsun­g di Cyberjaya pada 21 Ogos ini.

Acara larian itu menggabung­kan aktiviti kecergasan dengan elemen kemeriahan dan menjadi satu program gaya hidup sihat yang mampu memberi nafas baru kepada acara seumpamany­a.

“Saya tahu mengenai program ini kerana turut mengambil bahagian tahun lalu. Selain untuk ‘memanaskan’ badan ia sangat meriah kerana ada ribuan penyertaan.

“Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat lanjut program ini menerusi www. mybuddies.my,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia