Harian Metro

ATAU TIDAK?

-

paling tepat dan banyak di Bundesliga.

Arsenal terutamany­a Arsene Wenger percaya Xhaka mampu serasi dengan corak permainan di Liga Perdana dan tidak mustahil dia boleh menjadi antara bintang musim 2016/17.

Bekas pengurus Switzerlan­d Ottmar Hitzfeld pernah melabelnya sebagai ‘Bastian Schweinste­iger baharu’.

Loris Karius (Mainz ke Liverpool). Karius mengikat kontrak bersama Manchester City ketika berusia 16 tahun tetapi kembali ke Jerman untuk mewakili Mainz dua tahun kemudian.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu dianggarka­n bernilai £4.7 juta (RM25.1 juta) dan memulakan penampilan di Bundesliga pada usia 19 tahun. Setahun kemudian, dia sudah menjadi pilihan utama dan beraksi di setiap perlawanan musim lalu.

Dia menyifatka­n dirinya sebagai seorang penjaga gol moden dan mantap ketika bertahan selain berani mengambil risiko.

Harganya hampir separuh lebih rendah berbanding ketika Liverpool membeli Simon Mignolet dan Karius dilihat tidak bermasalah untuk menempatka­n dirinya sebagai penjaga gawang nombor satu di Anfield musim depan.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata: “Dia sudah semakin meningkat sejak kembali dari Jerman. Saya tahu dia mampu menambah kualiti kami di posisinya.”

Eric Bailly (Villarreal ke Manchester United). Bailly menyertai Espanyol pada usia 17 tahun tetapi perlu menunggu selama 10 bulan sebelum dapat diturunkan gara-gara permit kerja.

Pemain pertahanan yang kini berusia 22 tahun itu dianggarka­n bernilai £30 juta (RM160.5 juta). Sebagai warga Ivory Coast, dia menyarung jersi negaranya sebanyak 15 kali dan menjadi sebahagian anggota pasukan yang menjulang Piala NegaraNega­ra Afrika 2015.

Bailly adalah seorang pemain yang agresif, pantas, kuat serta tangkas dalam perebutan bola di udara. Ketiadaann­ya amat dirasai Villareal ketika tewas 0-3 di tangan Liverpool di separuh akhir kedua Liga Europa musim lalu.

Pengurus United Jose Mourinho berkata: “Eric seorang pertahanan tengah yang muda tetapi berbakat besar. Perkembang­annya sungguh menarik dan mempunyai potensi untuk menjadi antara pemain terbaik dunia.”

Ilkay Gundogan (Borussia Dortmund ke Manchester City). Gundogan hampir bersama Manchester United pada 2015 tetapi memilih untuk menyambung kontraknya bersama Dortmund untuk tempoh setahun.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu dianggarka­n bernilai £20 juta (RM106.9 juta). Dia pernah memenangi Bundesliga serta gelaran berganda pada 2012 selain beraksi dif final Liga Juara-Juara 2013. Gundogan tidak

beraksi sepanjang musim 2013-14 akibat kecederaan belakang dan ketika ini dia sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan lutut.

Pengarah bola sepak City Txiki Begiristai­n berkata: “Dia seorang pemain yang bijak serta serba boleh. Dia mampu beraksi di beberapa posisi dan bakal menjadi pemain penting kami pada masa akan datang.”

Henrikh Mkhitaryan (Borussia Dortmund ke Manchester United). Mkhitaryan sering kelihatan di padang latihan

Shakhtar

Donetsk dan dia memiliki diploma dari Institut

Budaya Fizikal di Armenia dan pernah meluahkan hasrat untuk menjadi seorang peguam.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu memulakan kariernya di

Armenia bersama kelab Pyunik sebelum berpindah ke Metalurh dan Shakhtar Donetsk. Dia menyertai Dortmund tiga tahun lalu dan menjaringk­an 23 gol dalam 88 penampilan.

Bekas pengendali Dortmund Juergen Klopp berkata: “Dia adalah salah seorang pemain paling berbakat di dunia.

Dia memiliki gandingan kepantasan dan teknik. Tidak ramai yang mempunyai kelebihan sebegitu. Itulah sebabnya mengapa pemain terbaik dunia berasal dari Armenia. Mereka bijak menggunaka­n akal, berusaha keras dan memiliki sifat seorang juara.”

 ??  ?? BAILLY
BAILLY
 ??  ?? GUNDOGAN
GUNDOGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia