Harian Metro

Kerusi pernah jadi simbol kemewahan

-

Dalam sejarah Mesir, kerusi menjadi simbol kekayaan dan kemewahan. Ia diselaputi dengan bahan berharga corak menarik yang indah dan disokong dengan kaki binatang atau rangka tawanan.

Ketika Dinasti Tang (618 - 907 SM), tempat duduk yang tinggi muncul dalam kalangan orang Cina elit dan penggunaan­nya meluas kepada seluruh masyarakat.

Satu ketika dahulu, tidak dinafikan kerusi antara perabot yang hanya digunakan golongan bangsawan. Orang biasa hanya duduk bersila di atas tanah atau lantai.

Begitu juga dengan rekaan kerusi pejabat yang pernah dicatatkan Charles Darwin. Dia menambah roda pada kaki kerusi itu apabila menyedari ia lebih menjimatka­n masa dan memudahkan­nya mengambil spesimen di dalam pejabatnya.

Pada pertengaha­n abad ke-19, dunia perniagaan mula berkembang pesat sejajar dengan kepentinga­n persekitar­an pejabat termasuk keselesaan bekerja.

Thomas E Warren antara pereka dari Amerika syarikat mencipta kerusi pejabat sama keadaannya dengan hari ini. Bezanya sekadar saiz dan lebih berat berbanding hari ini.

Kerusi ini digelar ‘Centripeta­l Spring Armchair’ yang direka pada 1849 dan dihasilkan secara komersil oleh American Chair Company dari Troy, New York.

Ramai menggemari kerusi rekaan Warren ketika itu kerana ia boleh dibengkokk­an ke semua arah disebabkan lapan jalur besi yang terdapat di tengahteng­ah kaki kerusi itu. Ia diperbuat daripada besi tuang (cast iron), keluli dan baldu.

 ??  ?? SEBUAH jet pejuang lama milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencuri tumpuan ramai.
SEBUAH jet pejuang lama milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencuri tumpuan ramai.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia