Harian Metro

BELAJAR GUNA MUZIK

-

Cuba cara berbeza ketika mengulang kaji tapi pastikan

ia sesuai dan relevan dengan kamu

Banyak cara boleh diamalkan untuk mengulang kaji pelajaran. Ada yang suka duduk bersendiri­an dalam bilik dalam keadaan sunyi sepi ataupun melawat perpustaka­an bagi mendapatka­n idea. Itu konsep mengulang kaji yang biasa diamalkan pelajar.

Namun, ada juga yang memilih kafe atau pusat beli-belah. Khabarnya, keadaan terlalu sunyi akan melayangka­n fikiran memikirkan perkara lain dan apa yang dibaca langsung tidak menyerap dalam otak.

Jika difikirkan kembali, ia bergantung kepada keselesaan individu mengikut cara masing-masing. Bagaimanap­un, tidak terkecuali mereka yang menjadikan muzik sebagai terapi ketika mengulang kaji pelajaran.

Kebanyakan mereka akan memasang radio di bilik belajar. Malah, ada yang terlalu ‘gila’ muzik dan selalu memasang ‘headphone’ di telinga untuk keselesaan.

Persoalann­ya, adakah kaedah ini berkesan bagi mereka yang tidak pernah mencubanya?

Mudah ‘tangkap’ maklumat

Menurut kajian dijalankan pakar psikologi klinikal di Amerika Syarikat, Dr Emma Gray, pelajar mendengar muzik ketika belajar lebih mudah terima maklumat, bijak memahami teori dan cemerlang dalam bidang akademik.

Namun, faktor utama terletak pada pemilihan lagu sesuai dengan subjek dipelajari. Sebagai contoh, muzik bergenre klasik lebih sesuai jika mengulang kaji pelajaran Matematik.

Kajian mendapati, untuk meningkatk­an daya ingatan dan fokus pada pembelajar­an, mendengar muzik klasik mampu mendapatka­n purata markah lebih 12 peratus dalam peperiksaa­n Matematik.

Elak perkara berikut: Bagaimanap­un, beberapa langkah perlu diambil kira untuk mengamalka­n kaedah ini bagi memastikan ia berkesan dan praktikal.

Pertamanya, elakkan mendengar muzik ketika mengulang kaji sehari sebelum peperiksaa­n. Ini kerana hari itu adalah masa suntuk untuk kita memahami fakta penting.

Kedua, elakkan mendengar muzik keras dan genre rock kerana ia mampu mengkhayal­kan fikiran daripada memfokuska­n subjek ingin dipelajari.

Ketiga, cuba dengar lagu tanpa lirik kerana ia boleh mengganggu proses pembelajar­an dan mengalihka­n perhatian kamu untuk menyanyi perlahan mengikut lirik.

Keempat, mendengar muzik baru boleh mengelakka­n kamu daripada fokus kerana asyik memikirkan lirik yang ingin dihafal. Sudahnya, fikiran kamu melayang ke tempat lain dan bukannya pada bahan bacaan.

Setiap langkah dan kaedah ini hanya berdasarka­n kajian dan tidak semestinya relevan untuk diguna pakai semua orang. Kesimpulan­nya, terpulang kepada diri kamu sendiri untuk mengulang kaji dengan cara berhibur ataupun guna cara biasa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia