Harian Metro

Bak berada di era 50-an

-

Tidak sah jika bersantai tanpa kehadiran kaca mata hitam penuh gaya. Bagi si pencinta aksesori kaca mata ini, Dolce & Gabbana menampilka­n koleksi kaca mata sempena musim luruh dan bunga untuk memastikan penampilan kekal menarik ke mana saja.

Tema yang disampaika­n pula tampak berani dengan rekaan yang sensual dan feminin untuk menonjolka­n penampilan bak berada di era 50-an. Malah, koleksi hangat dan segar itu ditampilka­n melalui pilihan warna bersama rekaan di bahagian bingkainya yang menggunaka­n material asetat supaya tahan lama.

Lebih menarik apabila rekaan terkini itu tampak menyegarka­n dengan penampilan kanta cermin yang berwarna bagi mengekalka­n gaya glamor dan tersendiri.

Koleksi edisi terhad kaca mata berwarna-warni dan berkilau yang digayakan ketika peragaan fesyen musim bunga dan panas lalu itu disiapkan penuh teliti.

Bingkai asetat lutsinar rona merah direka dengan bentuk bulat dan dihiasi kristal Swarovski berwarna-warni dipasang pada sekeliling bingkai depan.

Jika kurang menggemari gaya menonjol, boleh juga memilih kaca mata hitam dengan bingkai berpotonga­n bulat atau geometri yang direka sederhana, namun masih tampak eksklusif.

Bagi individu yang gemarkan gaya santai, padanan kaca mata dengan bentuk bingkai bak mata kucing menggoda atau heksagon menjanjika­n penampilan lebih feminin.

Tidak ketinggala­n, bagi pemakai kaca mata biasa boleh juga mendapatka­n pilihan bingkai menarik dengan pelbagai pilihan warna serta bentuk bagi mengekalka­n gaya menarik serta kemas.

 ??  ?? KOLEKSI kaca mata glamor edisi terhad.
REKAAN mewah dan unik.
GAYA memikat dengan bingkai berbentuk mata kucing, bulat atau heksagon.
PILIHAN menarik untuk individu berkaca mata.
KOLEKSI kaca mata glamor edisi terhad. REKAAN mewah dan unik. GAYA memikat dengan bingkai berbentuk mata kucing, bulat atau heksagon. PILIHAN menarik untuk individu berkaca mata.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia