Harian Metro

DUET ‘SPORTING’ MEMUKAU

- Mohd Fauzi Abdullah dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz am@hmetro.com.my

„ Alunan suara Tengku Abdullah bersama Ameng Spring pikat 50,000 pengunjung

Duet Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama artis, Ameng Spring memukau 50,000 pengunjung yang hadir memeriahka­n sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, semalam.

Baginda yang kelihatan ‘sporting’ bersama Ameng mendendang­kan lagu popular nyanyian asal kumpulan Spring, Butakah Cinta membuatkan hadirin tidak berganjak untuk menyaksika­n persembaha­n itu.

Sebelum itu, Tengku Abdullah memotong pulut kuning sempena hari keputeraan baginda ke-57.

Majlis diserikan dengan Balik Pulau: Dengan sekali lafaz, pelakon Ika Nabila sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Muhammad Zaid Aznam, 29, di Dewan Batu Maung di sini, semalam.

Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 27, selamat diijabkabu­lkan tepat jam 2.25 petang dengan mas kahwin RM1,008.

Kedua-dua mempelai dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwina­n, Perceraian dan Rujuk Daerah Barat Daya Ahmad Fuad Abdul Hamid dengan dua saksi, Roslan Ahmad dan Syed Mohammed Syed Agil.

Pada majlis ringkas itu, lebih 200 tetamu kedua-dua pihak terdiri ahli keluarga serta sanak-saudara tiba seawal jam 12.30 tengah hari.

Ika tampil berseri dengan mengenakan pakaian pengantin berwarna krim dan menerima mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sebelas dulang pihak perempuan.

Hadir sama ibu bapa pengantin lelaki Datuk Ir Aznam Abdul Rahim dan Datin Wan Norzimah Wan Ahmad serta ibu bapa pengantin perempuan Abdul Rahim Ahmad Luddin dan Rashimah Ishak.

Ika ketika ditemui berkata, dia gembira, selain bersyukur kerana selamat bergelar isteri kepada Zaid dalam usia 27 tahun.

“Segala perancanga­n dilakukan sejak beberapa bulan lalu kini terlaksana keberangka­tan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan anakanda baginda.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal FELDA negeri yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun serta EXCO kerajaan negeri.

Rumah terbuka bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang itu menyaksika­n orang ramai daripada pelbagai kaum menikmati pelbagai juadah di 165 gerai makanan juga minuman.

Pada majlis itu, Najib menyampaik­an sumbangan kepada 100 bakal jemaah haji Parlimen Pekan dan juga memberi duit raya kepada kanak-kanak

 ?? FOTO: ?? TENGKU Abdullah mendendang­kan lagu bersama Ameng Spring ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Parlimen Pekan, semalam.
FOTO: TENGKU Abdullah mendendang­kan lagu bersama Ameng Spring ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Parlimen Pekan, semalam.
 ??  ?? MUHAMMAD Zaid memotong kek bersama Ika ketika majlis resepsi, semalam.
MUHAMMAD Zaid memotong kek bersama Ika ketika majlis resepsi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia