Harian Metro

KEPUNG GUNA KONTENA

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mohd Fadly Samsudin am@hmetro.com.my

„ Polis guna strategi baru tahan 250 penunggang berlumba di Lebuhraya Grand Saga

Tangkap ‘pelesit’ lebuh raya dengan menggunaka­n dua lori kontena. Itu kaedah digunakan pakai polis daerah Kajang dalam usaha memberkas lebih 250 penunggang motosikal yang berlumba haram di Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) di sini.

Dalam operasi khas bermula jam 1 pagi semalam, polis turut menggunaka­n 21 kereta bagi menutup laluan lebuh raya itu bagi memastikan semua mat rempit itu dapat dikepung.

Tindakan itu turut disaksikan wartawan yang mengikuti Ops Bersepadu/Op Samseng Jalan Raya diadakan 108 anggota Bahagian Siasatan Penguatkua­saan Trafik, narkotik dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang diketuai Deputi Superinten­dan Azmi Wahid.

Hasil risikan polis selama seminggu mendapati kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung di lebuh raya itu menjadi kawasan ‘panas’ untuk anak muda berlumba pada setiap hujung minggu.

Aksi berbahaya yang dipamerkan mat rempit semuda usia 14 tahun menarik ratusan penonton membabitka­n kumpulan penunggang motosikal yang turut berlumba beramai-ramai di lebuh raya itu.

Malah, kebanyakan mereka turut membawa teman wanita bawah umur untuk menyaksika­n pesta lumba haram itu.

Berdasarka­n pemerhatia­n, pasukan pemantau polis memasuki kawasan berkenaan seawal jam 1 pagi sebelum bersiap sedia di lokasi masing-masing untuk mengepung rempit.

Sebaik semua kawasan itu ditutup, semua penunggang dan pembonceng bagai hilang arah malah ada yang berlegar-legar di tengah jalan sebelum ditahan.

Malah, ada yang cuba untuk melanggar anggota polis yang sudah menutup jalan namun tidak berjaya diberkas.

Operasi yang bermula jam 2 pagi itu menyaksika­n lebih 250 penunggang dan pembonceng ditahan polis selepas gagal meloloskan diri.

Mereka diberkas secara berperingk­at sejurus kedua-dua laluan di lebuh raya itu ditutup menggunaka­n lori kontena dan kereta polis.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati dua daripada penunggang motosikal ditahan positif mengambil syabu manakala seorang lagi berusia 21 tahun dikehendak­i polis atas kesalahan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Seramai 73 penunggang motosikal didapati tidak memiliki lesen, tiada cukai jalan (24), tiada perlindung­an insurans (7), menggunaka­n nombor plat tidak ikut spesifikas­i (40), tiada cermin sisi (17), tiada pelekat P atau L (13), kesalahan ubahsuai ekzos (3), kesalahan ubahsuai motosikal (2), seorang yang tidak memakai topi keledar manakala 15 lagi adalah penunggang bawah umur,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 51 motosikal ditahan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang remaja wanita berusia 15 tahun yang ditahan bersama teman lelakinya mengaku baru berkenalan dua minggu lalu sebelum dibawa menonton lumba haram di kawasan itu.

semua

mat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia