Harian Metro

GAGAL PATUHI SOP

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) betul dipercayai menjadi punca seorang anggota polis tertembak rakan sendiri ketika mengosongk­an peluru di dalam pistol di Balai Polis Bandar Kinrara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya mengambil kira aspek kecuaian dalam siasatan berhubung kes berkenaan.

“Berdasarka­n siasatan, anggota polis terbabit didapati cuai ketika melakukan prosedur mengosong peluru. Bagaimanap­un, polis menyiapkan kertas siasatan.

“Jika terjadi kemalangan di tempat kerja yang tidak sepatutnya berlaku, kami percaya prosedur operasi standard (SOP) yang betul tidak dipatuhi,” katanya, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan seorang anggota polis maut selepas belakang kepalanya ditembusi peluru akibat tindakan rakan setugas yang terlepas tembakan pistol secara tidak sengaja.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Sarjan Abu Samah Abu Hassan, 57, terkena tembakan ketika memeriksa kereta peronda polis di hadapan bilik stor senjata di Balai Polis Bandar Kinrara, di sini.

Anggota polis berusia 32 tahun berpangkat lans korperal itu terlepas tembakan

Punca anggota polis tertembak rakan ketika kosongkan peluru

mengenai mangsa yang berada 70 meter dari stor senjata berkenaan.

Megat berkata, kertas siasatan dilengkapk­an dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat dan segala keputusan diketahui selepas proses pendakwaan.

“Kita selesaikan kertas siasatan dahulu kemudian serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Saya harap kejadian seumpama ini menjadi teladan kepada warga polis lain supaya lebih berhati-hati dan tidak mengamalka­n sikap ambil mudah terhadap sesuatu prosedur yang ditetapkan lebih-lebih membabitka­n senjata api.

 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.
LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia