Harian Metro

Sabar dua tahun tipu mangsa

-

Ahli sindiket penipuan cinta ‘Love Scam’ didapati sanggup bersabar hampir dua tahun untuk memikat hati mangsanya sebelum diperdaya.

Ini terbukti apabila seorang ahli perniagaan wanita mendakwa ditipu RM20,000 angkara sindiket didalangi warga Nigeria yang dikenali melalui laman sosial.

Wanita berusia 42 tahun itu yang tinggal di Wangsa Melawati di sini, sebelum itu berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa sebagai warga Amerika Syarikat.

Lelaki itu mengarahka­n mangsa memasukkan wang ke dalam satu akaun bank tempatan dengan alasan kononnya dia menghadapi masalah menuntut harta mendiang ayahnya di negara ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, wanita itu yang percaya terhadap suspek menyerahka­n wang seperti dimintanya.

“Suspek diberitahu kononnya dia akan datang ke Malaysia atas urusan menuntut harta mendiang ayahnya.

“Suspek juga memberitah­u dia mengalami masalah kewangan dalam usaha menuntut harta bernilai jutaan ringgit itu dan memerlukan ‘modal’ RM20,000,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanap­un menghubung­i mangsa dan meminta wanita itu memasukkan wang tambahan RM450,000.

“Manga yang mengesyaki ditipu membuat laporan kepada polis pada Rabu lalu,” katanya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia