Harian Metro

Siang kerja buruh, malam pecah rumah

-

Kerja sebagai buruh pada waktu siang, buat ‘tugas sambilan’ sebagai peragut dan geng pecah rumah pada waktu malam.

Itu antara kegiatan segelintir pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikesan bekerja dan menetap di daerah ini.

Susulan itu polis daerah Subang Jaya mengadakan operasi besar-besaran bagi membersihk­an daerah ini daripada anasir PATI.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superinten­dan Lee Swee Meng berkata, 43 PATI ditahan menerusi operasi khas diadakan bermula jam 11.30 malam kelmarin.

Katanya, operasi itu diadakan bagi mengurangk­an kejadian jenayah di daerah berkenaan terutama membabitka­n pendatang asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Seramai 44 pegawai dan anggota polis dikerahkan dalam operasi itu dan sebanyak lima lokasi diserbu membabitka­n Subang Jaya, SS15, USJ 8, USJ 21 dan Bandar

Puchong.

“Seramai 50 individu warga asing diperiksa dan 43 individu ditahan membabitka­n enam warga Indonesia, (1) India, (4) Nepal dan (31) Myanmar selepas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta menyalahgu­nakan permit kerja,” katanya, semalam.

Menurutnya, semua suspek berusia 20 hingga 50 tahun terbabit diserahkan kepada Balai Polis USJ, di sini, untuk direman.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia