Harian Metro

Sorok heroin dalam stokin

-

Sorok bungkusan heroin di dalam stoking sebelum diikat dengan tali pada kaki. Itu taktik digunakan sindiket dadah warga Pakistan yang dikesan cuba memasuki pasaran gelap tempatan.

Taktik itu bagaimanap­un terbongkar selepas seorang lelaki Pakistan ditahan polis ketika memandu kenderaan di hadapan sebuah hotel, di Sri Kembangan, di sini, jam 9.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, pemeriksaa­n ke atas suspek menemui sejumlah dadah seberat satu kilogram (kg) yang diikat di kedua-dua belah kakinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia