Harian Metro

UBAH PERSEPSI!

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

„ Ketum digunakan sejak zaman dahulu punyai khasiat perubatan

Padang Besar

Masyarakat digesa tidak hanya melihat tanaman ketum sebagai sesuatu yang membawa implikasi negatif semata-mata kerana ia juga mempunyai pelbagai khasiat dari sudut perubatan sejak turun temurun.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, masyarakat pada masa kini menilai tanaman ketum dengan sering mengaitkan­nya dengan pelbagai gejala sosial yang melanda.

“Mereka terlalu memikirkan ketum ini minuman yang mengkhayal­kan dan memberi kesan kepada kesihatan sedangkan terdapat banyak khasiat perubatan yang sudah pun dilakukan kajiannya di pelbagai institusi pendidikan dalam dan luar negara,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Padang Besar 2016 di Taman Beseri Indah, Beseri, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, ketum sudah digunakan sebagai minuman perubatan tradisiona­l sejak zaman berzaman.

“Sejak dulu lagi, masyarakat meminum air ketum sebagai penambah tenaga mereka terutama selepas melakukan kerja berat seperti bertani atau menangkap ikan kerana pada zaman dulu tiada minuman atau ubat penambah tenaga seperti zaman ini.

“Malah, masyarakat terutama golongan warga emas yang tidak begitu gemar dengan perubatan moden masih menggunaka­n ketum untuk mengubati penyakit seperti sakit perut, kencing manis, sakit saraf,” katanya.

Menurutnya, khasiat seperti itu menyebabka­n permintaan meluas terhadap ketum di pasaran

Eropah dan

Amerika

Syarikat (AS) sehingga pengamal perubatan di

Barat melihat ketum sebagai satu ramuan penting untuk perubatan herba digunakan pada musim sejuk.

“Perubatan di Barat kini lebih cenderung melihat herba dan bahan organik dijadikan ubat dan ketum sebahagian daripada bahan berkenaan kerana ketum mampu menghasilk­an rasa panas sehingga mempunyai nilai perubatan tertentu serta sesuai digunakan pada musim sejuk.

“Namun, kita kesal di negara ini apabila khasiat ketum disalahgun­akan segelintir pihak dengan mencampurk­an bahan seperti ubat gegat, ubat nyamuk, ubat batuk serta campuran minuman tenaga lain untuk tujuan berkhayal dan ini sangat kita tentang sama sekali,” katanya.

Katanya, jangan hanya kerana segelintir individu yang menyalahgu­nakan ketum, individu yang sepatutnya memperoleh pendapatan melalui tumbuhan itu mendapat tempias.

“Jika ada 10,000 yang mengharapk­an pendapatan, 600 orang pula salah guna ketum, perlukah kita ikut yang 600 ini...Ini tidak betul.

“RISDA mencadangk­an penanaman ini dikawal di kawasan diwartakan dan bukannya dijual secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata, sama ada cadangan disuarakan pihaknya diterima atau ditolak bergantung kepada keputusan

Kabinet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia