Harian Metro

Tanggung rugi RM10,000 angkara jenama tiruan

-

Putrajaya: Sebelum bergelar pembeli peribadi, dia pernah menjadi orang tengah kepada penyedia khidmat berkenaan sebelum menjadi mangsa penipuan sehingga kerugian hampir RM10,000 serta hilang kepercayaa­n.

Itu pengalaman buruk yang terpaksa ditanggung Kartina Khamis, 33, selepas pembeli peribadi berkenaan menjual barangan tiruan kepadanya sedangkan bayaran penuh sudah dibuat pelanggan.

Kartina yang pernah bekerja sebagai kakitangan sokongan teknikal berkata, sejak itu dia tekad berhenti kerja bagi memberi sepenuh perhatian sejak tiga tahun lalu.

“Saya terpaksa membina semula jenama Tizeq_d_bagz dan berusaha mendapatka­n kepercayaa­n pelanggan.

“Alhamdulil­lah, kini pelanggan saya bukan saja dalam kalangan rakyat Malaysia dan negara jiran seperti Singapura dan Brunei, malah ada juga dari Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi.

“Lebih menyeronok­kan apabila saya mampu terbang ke luar negara sekurang-kurangnya dua bulan sekali bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

Katanya, pelanggan memilih untuk menggunaka­n khidmat pembeli peribadi kerana selain barangan berkenaan asli, harga yang ditawarkan juga lebih murah antara 30 hingga 50 peratus berbanding dibeli di butik di sini.

“Biasanya kami tidak menyimpan stok kerana rata-rata pelanggan lebih suka memilih koleksi terbaru di pasaran.

“Walaupun kami ada mengenakan bayaran cukai dan sedikit upah membeli, namun harga barangan itu masih rendah dan berbaloi,” katanya.

Menurut Kartina, antara jenama yang sering mendapat permintaan tinggi adalah Louis Vuitton dan sehingga kini dia yang dibantu suaminya sudah menjual lebih 500 koleksi barangan pelbagai jenama.

“Untuk rekod, saya pernah membelanja­kan sehingga RM200,000 dalam satu trip ke Eropah baru-baru ini dan ia benar-benar mengejutka­n kerana pelanggan kami bukan terdiri daripada golongan kenamaan atau selebriti,” katanya.

 ??  ?? MOHD Edzwan mempunyai hubungan rapat dengan pembantu butik barang berjenama.
MOHD Edzwan mempunyai hubungan rapat dengan pembantu butik barang berjenama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia