Harian Metro

‘MAK TAK TAHU’

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Budak perempuan 13 tahun ditahan merempit

“Emak tahu saya keluar malam tapi tak tahu saya merempit dan dia cuma pesan jangan buat perkara bukan-bukan,” itu jawapan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ketika disoal anggota trafik selepas ditahan dalam Ops Cegah Samseng Jalanan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), awal pagi semalam.

Remaja berkenaan antara 60 individu yang ditahan untuk pemeriksaa­n dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Perak membabitka­n tiga pegawai dan 18 anggota bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Remaja itu ditahan kerana tidak membawa kad pengenalan, tidak memiliki lesen selain menunggang motosikal yang diubah suai dan tidak melekatkan nombor pendaftara­n mengikut spesifikas­i ditetapkan.

Remaja yang tidak lagi bersekolah itu turut memberitah­u polis bahawa ibunya mengetahui kegiatanny­a yang sering keluar malam, namun tidak tahu dia terbabit aktiviti merempit bersama rakan lelaki.

Sementara itu, Timbalan Ketua JSPT negeri Deputi Superinten­dan Mohd Mahiri Hussin berkata, dalam operasi berkenaan 60 individu berusia 13 hingga 22 tahun diperiksa sebelum 25 saman dikeluarka­n kerana pelbagai kesalahan.

 ??  ?? ANTARA invidiu yang ditahan untuk diperiksa dalam Ops Cegah Samseng Jalanan di Dataran MBI, semalam.
ANTARA invidiu yang ditahan untuk diperiksa dalam Ops Cegah Samseng Jalanan di Dataran MBI, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia