Harian Metro

Atuk bakar mercun dalam stadium ditahan

-

Seorang lelaki berusia 50-an diberkas polis selepas dipercayai membakar mercun ketika menyaksika­n perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Melaka United (MU) dan FELDA United di Stadium Hang Jebat di sini, kelmarin.

Difahamkan, lelaki terbabit ke stadium bersama cucu lelaki berusia sembilan tahun dan membakar mercun itu pada babak pertama perlawanan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, hal itu disedari anggotanya yang bertugas mengawal keselamata­n di stadium apabila terdengar letupan mercun di aras tiga tempat duduk penonton yang bertentang­an tempat duduk orang kenamaan (VIP).

“Anggota kami kemudian membuat pemeriksaa­n ke lokasi disyaki letupan berlaku lalu ternampak seorang lelaki memegang pemetik api dan mercun sebelum menahan lelaki terbabit, jam 10.15 malam,” katanya.

 ??  ?? LELAKI berusia 50-an (tengah) yang ditahan polis dipercayai membakar mercun di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.
LELAKI berusia 50-an (tengah) yang ditahan polis dipercayai membakar mercun di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia