Harian Metro

Enam cincin tersekat di jari

-

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu di sini, mengambil masa 15 minit untuk menanggalk­an enam cincin yang tersekat pada jari seorang pesakit di Hospital Melaka, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, bomba menerima panggilan daripada pihak hospital yang memerlukan khidmat khas apabila terdapat pesakit gagal menanggalk­an lima cincin pada jari tangan kanannya dan satu lagi pada jari tangan kiri.

Difahamkan, lelaki berusia 25 tahun itu dimasukkan ke wad hospital berkenaan kerana masalah mental sebelum doktor menyedari terdapat lapan cincin pada jarinya yang didakwa sudah dipakai sejak berusia 18 tahun.

 ??  ?? PASUKAN bomba melakukan kerja menanggalk­an cincin yang tersekat.
PASUKAN bomba melakukan kerja menanggalk­an cincin yang tersekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia