Harian Metro

‘INI MUNGKIN SATU STRATEGI HAPUS KAMI’

-

Uber dan GrabCar ini bukan baru, sebelum ini pada 2000 sudah ada. Cuma sebelum ini namanya kereta sapu. Uber dan GrabCar ini aplikasi saja. Masyarakat dan kerajaan iaitu Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Darat (SPAD) terkeliru. Memang betul ia kemajuan teknologi, tapi aktiviti kereta sapu ini salah di sisi udang-undang. Sekarang ini jadi pilihan pengguna kerana ia dimodenkan.

Keduanya, syarikat Uber dan GrabCar ini mempunyai dana yang banyak dan mereka beri subsidi atau membayar semula tambang kepada pemandu mereka. Mereka ada wang banyak kita kena faham. Kadang-kadang wang ini tidak pasti adakah wang halal atau wang haram yang dicairkan dalam negara kita.

Tidak mustahil ini satu taktik atau strategi untuk menghapusk­an industri teksi. Apabila industri teksi terhapus kelak, apakah kerajaan khususnya SPAD berani beri jaminan kadar tambang kereta sapu beraplikas­i ini tidak dinaikkan? Ketika itu penumpang tiada pilihan kerana tiada lagi perkhidmat­an teksi dan mereka berhak menaikkan kadar tambang sesuka hati mereka.

Mengenai imej, masyarakat kata pemandu teksi biadab, penjenayah dan terbaru dua kes babitkan pemandu teksi. Ini tidak wajar dan beri persepsi buruk pemandu teksi.

Saya percaya benda ini dilakukan segelintir pemandu teksi saja. Kita ada 37,000 pemandu teksi di Lembah Klang, takkan semua lakukan. Masyarakat ataupun pihak media, maaf, melabel pemandu teksi ini melakukan, jadi imej pemandu teksi buruk.

Saya bawa teksi 15 tahun, setakat hari ini, belum ada lagi nama saya dapat aduan. Saya seorang daripada 37,000 pemandu teksi di Lembah Klang yang mematuhi undang-undang, tidak biadab, bersopan santun dan me- ngutamakan keselesaan penumpang. Jadi tidak wajar segelintir lakukan kesalahan, kita bagi imej itu pada semua pemandu teksi.

Bila melihat sesuatu perkara buruk berlaku kepada pemandu teksi itu sebenarnya memang salah pemandu. Saya tidak salahkan pengguna.

Saya tidak menyokong atau bersetuju dengan mana-mana pemandu teksi yang melakukan kesalahan seperti itu. Tapi, tidak wajar dua tiga orang buat perangai begitu, seluruh pemandu teksi dicop seperi itu.

Contohnya di sesetengah lokasi panas, pemandu teksi yang melakukan kesalahan ini adalah orang sama. Mereka inilah yang melakukan dan memburukka­n imej kita. Lihat pemandu teksi yang berputar-putar di Lembah Klang, guna aplikasi dan panggilan radio cari pelanggan, mereka ini pemandu teksi yang jujur, bersopan dan boleh dipercayai.

Saya setuju, Uber dan GrabCar setakat ini belum diiktiraf. Ini bermaksud kerja yang salah, haram dan perbuatan yang mencabuli undang-undang negara. Sebenarnya perkara ini amat mendukacit­akan bukan saja kepada saya, pemain industri tapi kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Hari ini kerajaan sedia ada khususnya Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan SPAD tidak amanah dalam menjalanka­n perkhidmat­an mereka. Mereka sedar perbuatan menggunaka­n kenderaan persendiri­an yang dinamakan sebagai kereta sapu salah di sini undang-undang dan mencabuli perundanga­n negara, tapi tidak guna akta sedia ada untuk banteras gejala ini.

Uber dan GrabCar tawar kadar tambang rendah daripada teksi menyebabka­n mereka jadi pilihan bukan kerana keselesaan kereta. Kalau keselesaan, mereka guna Myvi, teksi guna Proton Persona dan Proton Exora, adakah kenderaan ini tidak selesa?

Dalam keadaan ekonomi tidak begitu baik, kos sara hidup meningkat, orang memilih penjimatan. Kalau teksi mampu tawar tambang lebih murah daripada Uber dan GrabCar nescaya orang memilih teksi. Tapi bagaimana teksi nak beri tambang murah sedangkan kos mereka tinggi berbanding kereta sapu ini mereka cuma bayar pinjaman bank.

Apa yang dibuat kini menyusahka­n pemandu teksi yang tidak boleh bayar sewa. Baru-baru ini ada pemandu teksi mengadu kepada saya. Kita ada 418 orang ahli takkan nak guna wang persatuan untuk bantu dia. Duit persatuan perlu dapat kelulusan persatuan dan saya tidak boleh secara mudah ambil wang, nanti dituduh pecah amanah.

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ilhamkan program transforma­si TEKS1M kami pemandu teksi rasa bangga. Harapan kami untuk bawa teksi yang bersih dan tambang yang baik.

Apa yang berlaku SPAD gagal merealisas­ikannya, sebab itu sekarang kita lihat pemandu TEKS1M sukar cari makan dengan adanya Uber dan GrabCar ini.

Baru-baru ini saya hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) yang beri pinjaman bagi TEKS1M ini. Setakat hari ini ada 25 TEKS1M disita sebab pemandunya tidak mampu bayar atau tuntut.

Saya tanya bagaimana pemandu teksi lain dan BSN akui hari ini hampir 100 peratus pemandu TEKS1M hadapi masalah untuk bayar pinjaman mereka.

TEKS1M ini harapan PM untuk menjadi ikon dan sebanyak 1,000 permit dikeluarka­n. Namun sehingga hari ini tidak sampai 700 yang keluar kereta.

 ?? Kamarudin Mohd Husain ?? Setakat hari ini ada 25 TEKS1M disita sebab pemandunya tidak mampu bayar atau
tuntut
Kamarudin Mohd Husain Setakat hari ini ada 25 TEKS1M disita sebab pemandunya tidak mampu bayar atau tuntut
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia